12 September 2012

Doa Dakwah Untuk Umat ...

Doa masyaikh-masyaikh dakwah untuk umat. Semoga Allah beri hidayah taufiqNya untuk kita berdoa & mengamalkannya. Aamiin.








Doa Maulana Saad db, ihsan rakan kepada ustaz Hambali Saad yang telah berkhidmat di Masjid Banglawali Nizamuddin selama 2 bulan pada tahun 2008.



Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dank Au Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami Mtaufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami


***


Daripada ustaz Ipu Ismail, mengkarguzarikan Maulana Syamim db pernah ke madrasah mereka dan di antara isi doanya,

Ya Allah dengan suasana yg dhaif ini ya Allah
Suasana yang serba kekurangan 
Ada pelajar yang yatim
Ada pelajar yang miskin
Ada pelajar yang mujahadah
Jadikannya asbab hidayah ya Allah

Air yang kurang
Malam yang gelap
Nyamuk datang yang mengambil
Darah pelajar-pelajar kami
Lalu berterbangan sampai di Eropah sana
Di benua eskimo
Di Amerika sana
Di hujung-hujung dunia 

Di sana nyamuk tadi hinggap dibadan saudara kami disana
Lalu menyedup darah dan pertukaran darah pelajar-pelajar kami
Lalu meresap diliang darah mereka
ya Allah sebarkan hidayahmu dijiwa mereka Ya Allah....

Amin ya Allah....Amin...


***


Doa KH. Uzairon di Masjid Kebon Jeruk setelah mesyuwarah Indonesia, 4hb Disember 2011.




Di satu pertemuan dengan Syaikh Ibrahim Muhammad Shukro di Jordan pada 24hb Mei 2011, Syaikh Hajji Mohammed Abd Wahhab mengatakan:  “Jika seseorang itu cinta dengan usaha dakwah dan berdoa supaya orang lain terlibat dengan usaha dakwah, maka Allah akan terima anak-anaknya iaitu anak-anaknya pun akan menjadi orang yang berada di atas hidayat.”



Wallahu a'lam.
komen
10 komen

10 komen:

Anonymous said...

Terima.kasih tuan. saya bukan tabligh tapi saya suka baca kisah2 yg tuan tulis. teruskan berkarya. !

karguzaridakwahiman said...

@Anonymous: sama2. blog berkongsi info shj.

Rozainis said...

Pelawaan kpd karkun yang nak tinggal di kawasan KL..ada rumah town house 3 bilik utk disewa. Sbb ada karkun ni famili dah nak pindah jadi ada kekosongan pd hujung bulan jan 2013 nie. Kawasan segambut...tmn segambut sppk. Sewa dlm 600 hg 700. berminat Email kat saya rozainis@gmail.com

fadzil abdullah said...

amin moga Karkun karkun baru akan memenuhi jemaah tebar keseluruh alam...amin

Jamali Taman said...

Lupakan istilah karkun n gantikan kita umat islam pengikut nabi Muhammad saw..

Amir mahmud said...

Masya Allah..syech minta doa nya semoga saya bisa aktif lagi..saya karkun purwakarta markaz msjd al muhajirin prum:esman singawinata

karguzaridakwahiman said...

@Amir mahmud

semoga Allah mudahkan, peningakatn dlm usaha, istiqamah kekal dalam buat usaha agama untuk syech dan kesemua kita dan seluruh org Islam.

dean said...

Rugilaa x ngaku tabligh, ummat nabi semuanya tabligh...menyampaikan dari sisi nabi... salah satu sifat wajib bg nabi ialah tabligh.. mari kita meneruskn kerja tabligh ini.. tabligh bukan persatuan atau pertubuhan atau kumpulan atau jemaah, tabligh adalah kerja... mari kita buat kerja tabligh... kristian bangga dgn muballigh2 dia.. mereka pun buat tabligh.. tp ummat islam takut dgn tabligh...smoga Allah ampunkan saya..

Putri Mart said...

Mksud lupakan ustilah karkun
Bukan seperti ITU
Kata "karkun" gak semua org paham Dan dampak ke mereka jg gak semuanya positive
Dan akhirnya sebagian dr mereka mengira INI aliran baru lagi
Kerja baru lagi padahal ini kerja umat yg sesungguhnya umat jaman baginda nabi cm an do perbaharui di za man INI
Bagi sudah lengaah Dari usaha INI
Ya doanya untuk seluruh umat jgn terputus insyaalkah Allah msih gunakan kita dalam usaha yg mulia INI... aminn

kehidupan dunia sementara said...

30 April 2016, 1&2 Mei 2016 Istima DI MASJID JAMEK SERI PETALING. INSYALLAH semua hadir

 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.