02 May 2012

Rakaman Karguzari .mp3

Berkongsi rakaman karguzari format audio mp3. Beberapa karguzari telah dipost dalam bentuk teks sebelum ini. Rakaman juga dimuatkan di sidebar, tab Klip Bayan.








1. Rakaman bersumber daripada Radio Islam Nusantara dan rakaman infradi oleh rakan-rakan;





Senarai lengkap dan muat turun rakaman karguzari di archive.org/Karguzari-laporan dan archive.org/Faidah-Bayan. InsyaAllah senarai rakaman akan dikemaskini jika ada mana-mana bayan berisi karguzari.




2. Sedikit info berkenaan karguzari ulama di Jogja.

Karguzari disampaikan oleh ustaz Razif semasa membicarakan tentang kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Karguzari ini diperpanjangkan di group fb, kargozari dakwah. Ustaz Abuzayd Wisnu Prabowo menerangkan nama kyai ialah KH Na'man Zaini (rhm), merupakan orang kenamaan Muhammadiyah di Jogja. Kyai penanggungjawab Masjid Al-Itthaad yang beralamat di Jalan Kaliurang km 5.5 dan sehingga kini, masjid ini digunakan sebagai markaz di Jogja. Ustaz Abuzayd mengatakan, kisah kyai bermimpikan Rasulullah memang mahsyur di kalangan rakan-rakan di sana. Karguzari adalah seperti yang diceritakan oleh ustaz Razif dalam bayannya.

Bayan Aang Al Mubayyin mengatakan dia pernah bertemu dengan kyai sekitar tahun 1990-an di markaz Jogja ini. Manakala Abdul Ghoni berteman rapat dengan anak bongsu kyai iaitu Gus Jamalludin Al-Farouk, beliau juga merupakan rakan yang aktif dalam usaha dakwah dan tabligh. Abdul Ghoni  menambah, markaz Jogja ini tidak akan dipindahkan malahan masjid ini akan ditinggikan sebanyak 3 tingkat. Alhamdulillah.

Petikan bayan tersebut, Karguzari Ulama Jogja.



3.  Malfuzat (ucapan) ulama usaha dakwah mengingatkan peri pentingnya penglibatan ulama dalam lapangan dakwah,

Maulana Muhammad Ilyas (rhm) berkata: “Bagiku ilmu dan dzikir seandainya kurang dalam usaha ini adalah satu hambatan. Dan kekurangan ilmu dan dzikir ini adalah disebabkan kurangnya ahli–ahli ilmu dan ahli–ahli dzikir yang turut dalam usaha dakwah ini. Seandainya para ahli ilmu dan dzikir menyingsingkan lengan mereka untuk kerja ini, maka akan menyempurnakan kerja ini. Untuk saat ini, ilmu masih terpenjara dalam dua tempat; kitab–kitab agama dan para hati para ulama. Ilmu masih belum tersebar ke tengah masyarakat umum. Hal ini perlu diperbaiki secara bersama–sama.”

Syaikh Abul Hasan Ali An–Nadwi berkata: “Salah satu usaha dalam dakwah ini adalah menjadikan dakwah sebagai cara untuk mendatangkan orang awam kepada ulama, dan mewujudkan kerisauan ulama pada diri orang awam. Dan orang awam dapat memahami derajat ketinggian ulama, sehingga orang awam senantiasa mengambil manfaat dari para ulama. Sesuai dengan aturan dan penegasan atas hal ini, dianjurkan agar senantiasa berkhidmat kepada alim ulama.” (Sawanih Yusufi)



4. Ustaz Razif menterjemahkan bayan Maulana Tariq Jamil pada 31hb Mac 2012, beberapa hari setelah bayan dan karguzari ini di Masjid Jamek Sri Petaling. Hanya berkongsi rakaman audio, muat turun bayan penuh mp3 perlu persetujuan daripada pihak Radio Islam Nusantara.





Allahu a'lam.
komen
0 komen

0 komen:

 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.