12 September 2012

Doa Dakwah Untuk Umat ...

Doa masyaikh-masyaikh dakwah untuk umat. Semoga Allah beri hidayah taufiqNya untuk kita berdoa & mengamalkannya. Aamiin.








Doa Maulana Saad db, ihsan rakan kepada ustaz Hambali Saad yang telah berkhidmat di Masjid Banglawali Nizamuddin selama 2 bulan pada tahun 2008.



Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dank Au Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami Mtaufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami


***


Daripada ustaz Ipu Ismail, mengkarguzarikan Maulana Syamim db pernah ke madrasah mereka dan di antara isi doanya,

Ya Allah dengan suasana yg dhaif ini ya Allah
Suasana yang serba kekurangan 
Ada pelajar yang yatim
Ada pelajar yang miskin
Ada pelajar yang mujahadah
Jadikannya asbab hidayah ya Allah

Air yang kurang
Malam yang gelap
Nyamuk datang yang mengambil
Darah pelajar-pelajar kami
Lalu berterbangan sampai di Eropah sana
Di benua eskimo
Di Amerika sana
Di hujung-hujung dunia 

Di sana nyamuk tadi hinggap dibadan saudara kami disana
Lalu menyedup darah dan pertukaran darah pelajar-pelajar kami
Lalu meresap diliang darah mereka
ya Allah sebarkan hidayahmu dijiwa mereka Ya Allah....

Amin ya Allah....Amin...


***


Doa KH. Uzairon di Masjid Kebon Jeruk setelah mesyuwarah Indonesia, 4hb Disember 2011.




Di satu pertemuan dengan Syaikh Ibrahim Muhammad Shukro di Jordan pada 24hb Mei 2011, Syaikh Hajji Mohammed Abd Wahhab mengatakan:  “Jika seseorang itu cinta dengan usaha dakwah dan berdoa supaya orang lain terlibat dengan usaha dakwah, maka Allah akan terima anak-anaknya iaitu anak-anaknya pun akan menjadi orang yang berada di atas hidayat.”



Wallahu a'lam.
Baca lagi..

30 June 2012

Android : RMHFA

Berkongsi aplikasi android RMHFA (Random Muntakhab Hadith & Fikr Amal), saranan rakan di blog.









Aplikasi ini agak ringkas, latar belakang warna hitam dengan teks serta button untuk refresh. Insyaallah beberapa perkara dalam aplikasi ini,


1. Setakat ini, bilangan MH, 309 hadis. FA, 975 athar/malfuzat.
2. Fikr Amal lebih kepada berkaitan tazkiyatun nafs.
3. Saiz aplikasi 310kb.
4. Orientasi skrin, auto.
5. Tidak perlu online internet semasa menggunakannya.





:: Jika kedudukan teks adalah center, maka ini tidak mengapa.





Muat turun di pautan ini, RMAFA



Sedikit nasehat Dr Kamran, bayan maghrib 20hb Mei 2012 di ijtima Malaysia baru-baru ini, "Orang yang keluar di jalan Allah membawa handphone kerana keluarga dan perniagaan, akan mendapat ganjaran pahala keluar di jalan Allah tetapi tidak akan dapat belajar iman."

InsyaAllah, semoga sama-sama dapat mengamalkannya.

Baca lagi..

17 June 2012

Widget Bayan v.2

Berkongsi widget bayan II. InsyaAllah, copy paste kod html.










Widget premiumbeat.com. Berikut 3 jenis contoh widget ini; default, 2 warna dan warna latar. Kemudian panduan boleh ubah parameter widget sama ada lebar, warna dan saiz font. Pilih mana-mana yang berkenaan.







--------






--------






--------


Ubah Parameter


height="250"
width="240"
Ubah saiz, masukkan angka mengikut kesesuaian saiz blog atau web.


autoPlay=false
Jika hendak memainkan widget secara auto, tukarkan false kepada true.


fontSize=small
Pilihan saiz font adalah, small, medium atau large .


firstColor=#bdbdbd
secondColor=#0077ab
backColor=#ffffff
strokeColor=#0077ab
Ini adalah parameter untuk warna widget. Panduan kod warna boleh rujuk di html-color-codes.info



Apa yang kita telah dengar, semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah untuk kita mengambil iktibar, amal dan sampaikan.
Baca lagi..

16 May 2012

Faidah - Klip Rakaman Bayan

Berkongsi beberapa klip rakaman berisi tamthil (perbandingan, perumpamaan), malfuzat (ucapan), karguzari (laporan), targhib nasihat dalam bayan-bayan yang telah disampaikan oleh alim ulama dalam usaha dakwah. Semoga kita dapat ambil iktibar, beramal dan menyampaikannya kepada yang lain.




Senarai lengkap dan muat turun klip rakaman mp3 di Faidah - Bayan. InsyaAllah, perkongsian akan dikemaskini.







Tarikh dan lokasi Ijtima Malaysia 2012 di sidebar. Semoga kita dan rakan-rakan turut mengambil bahagian. Pada masa yang sama di bulan Jun, diadakan Ijtima Indonesia 2012. Do`a dan luangkan masa.
Baca lagi..

02 May 2012

Rakaman Karguzari .mp3

Berkongsi rakaman karguzari format audio mp3. Beberapa karguzari telah dipost dalam bentuk teks sebelum ini. Rakaman juga dimuatkan di sidebar, tab Klip Bayan.








1. Rakaman bersumber daripada Radio Islam Nusantara dan rakaman infradi oleh rakan-rakan;





Senarai lengkap dan muat turun rakaman karguzari di archive.org/Karguzari-laporan dan archive.org/Faidah-Bayan. InsyaAllah senarai rakaman akan dikemaskini jika ada mana-mana bayan berisi karguzari.




2. Sedikit info berkenaan karguzari ulama di Jogja.

Karguzari disampaikan oleh ustaz Razif semasa membicarakan tentang kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Karguzari ini diperpanjangkan di group fb, kargozari dakwah. Ustaz Abuzayd Wisnu Prabowo menerangkan nama kyai ialah KH Na'man Zaini (rhm), merupakan orang kenamaan Muhammadiyah di Jogja. Kyai penanggungjawab Masjid Al-Itthaad yang beralamat di Jalan Kaliurang km 5.5 dan sehingga kini, masjid ini digunakan sebagai markaz di Jogja. Ustaz Abuzayd mengatakan, kisah kyai bermimpikan Rasulullah memang mahsyur di kalangan rakan-rakan di sana. Karguzari adalah seperti yang diceritakan oleh ustaz Razif dalam bayannya.

Bayan Aang Al Mubayyin mengatakan dia pernah bertemu dengan kyai sekitar tahun 1990-an di markaz Jogja ini. Manakala Abdul Ghoni berteman rapat dengan anak bongsu kyai iaitu Gus Jamalludin Al-Farouk, beliau juga merupakan rakan yang aktif dalam usaha dakwah dan tabligh. Abdul Ghoni  menambah, markaz Jogja ini tidak akan dipindahkan malahan masjid ini akan ditinggikan sebanyak 3 tingkat. Alhamdulillah.

Petikan bayan tersebut, Karguzari Ulama Jogja.



3.  Malfuzat (ucapan) ulama usaha dakwah mengingatkan peri pentingnya penglibatan ulama dalam lapangan dakwah,

Maulana Muhammad Ilyas (rhm) berkata: “Bagiku ilmu dan dzikir seandainya kurang dalam usaha ini adalah satu hambatan. Dan kekurangan ilmu dan dzikir ini adalah disebabkan kurangnya ahli–ahli ilmu dan ahli–ahli dzikir yang turut dalam usaha dakwah ini. Seandainya para ahli ilmu dan dzikir menyingsingkan lengan mereka untuk kerja ini, maka akan menyempurnakan kerja ini. Untuk saat ini, ilmu masih terpenjara dalam dua tempat; kitab–kitab agama dan para hati para ulama. Ilmu masih belum tersebar ke tengah masyarakat umum. Hal ini perlu diperbaiki secara bersama–sama.”

Syaikh Abul Hasan Ali An–Nadwi berkata: “Salah satu usaha dalam dakwah ini adalah menjadikan dakwah sebagai cara untuk mendatangkan orang awam kepada ulama, dan mewujudkan kerisauan ulama pada diri orang awam. Dan orang awam dapat memahami derajat ketinggian ulama, sehingga orang awam senantiasa mengambil manfaat dari para ulama. Sesuai dengan aturan dan penegasan atas hal ini, dianjurkan agar senantiasa berkhidmat kepada alim ulama.” (Sawanih Yusufi)



4. Ustaz Razif menterjemahkan bayan Maulana Tariq Jamil pada 31hb Mac 2012, beberapa hari setelah bayan dan karguzari ini di Masjid Jamek Sri Petaling. Hanya berkongsi rakaman audio, muat turun bayan penuh mp3 perlu persetujuan daripada pihak Radio Islam Nusantara.





Allahu a'lam.
Baca lagi..

11 April 2012

Widget Bayan (Kemaskini)

Berkongsi widget bayan untuk blog dan web. Kemaskini. Copy paste semula kod html.









Live widget.







Kod HTML widget bayan, copy paste:




+ untuk auto play tukarkan kod html: autoplay=false kepada autoplay=true
+ pertanyaan dan bantuan melalui kotak komen dan pautan 'hubungi' di atas header blog.



Dengar, beramal dan sampaikan.
Baca lagi..

29 March 2012

Widget Teks Asma'ul Husna

Berkongsi widget teks ringkas Asma-ul-Husna (sembilan puluh sembilan nama Allah Subhanahu wa ta'ala yang terbaik).








Contoh widget boleh dilihat di bahagian bawah header atau di atas post blog ini. Teks secara rawak. Insya'Allah.



Copy paste html berikut ini:





Rujuk di akhir/paling bawah kod html untuk membuat perubahan;

1. Warna font:  #000000 adalah kod warna asal. Tukarkan kod warna yang sesuai. Kod warna rujuk disini Kod Warna

2. Saiz font:  Saiz tulisan asal ialah 12px. Boleh tukarkan saiz ini mengikut kesesuaian (10px-15px).

3. Jenis font:  Tulisan asal menggunakan Segoe UI. Boleh tukarkan kepada: arial, helvetica, trebuchet, georgia, verdana.

4. Align:  align asal ialah center. Tukarkan kepada left atau right untuk mengubah paparan.



+ lebih sesuai diletakkan di bahagian header.
+ pertanyaan dan bantuan melalui kotak komen dan pautan 'hubungi' di atas header blog.
Baca lagi..

03 March 2012

Jemaah Mekah, Dakwah Suku Hottentot di Afrika

Nukilan karguzari Maulana Ahmad Harun Al Rosyid di dalam buku 'Meluruskan Kesalahpahaman Terhadap Jaulah (Jamaah Tabligh). Juga diselitkan beberapa karguzari di Eropah.






Tidak banyak info berkenaan suku Hottentot ini di internet. Di wikipedia, suku Hottentot ini merujuk kepada Khoikhoi. Dikaitkan juga dengan suku Bushmen di selatan Afrika.


Karguzari,


Menjelang di cetaknya buku ini, satu jamaah dari Saudi datang ke Temboro (markaz dakwah tabligh di Jawa Timur). Salah satu anggota jamaah, Ahmad Abdur Rahman dari ‘Aziziyyah Makkah, menceritakan pengalamannya tujuh tahun yang lalu kepada penulis, keluar 40 hari ke Afrika Tengah.

Satu jamaah berjumlah enam orang dari Makkah bergerak di Afrika Tengah selama satu bulan. Untuk beberapa hari jamaah mengadakan program di kawasan sekitar hutan rimba Bagandu yang membentang di Kamerun, Ethiopia, Kongo, dan Afrika Tengah. Di hutan itu berdiam satu komonitas orang-orang suku Hottentot. Paling tinggi tubuh mereka kurang lebih hanya satu meter. Mereka yang tinggal di wilayah Afrika tengah mencapai 100.00 jiwa. Semua masih hidup primitif. Tidak mengenal agama, tidak berpakaian, tidak ada rumah permanen (kekal), dan cara berdagangnya masih dengan sistem barter (bertukar barang).

Di tempat masjid yang di tempati jamaah, terdapat pasar yang setiap pagi selalu di datangi oleh Hottentot untuk melakukan barter. Malam hari jamaah berdoa habis-habisan memohon hidayah untuk mereka. Paginya, aneh, tidak seorang Hottentot pun datang ke pasar. Setelah bermusyawarah dengan penduduk setempat, seorang yang biasa menjadi pemandu peneliti asing menawarkan diri untuk mengantarkan kami. Setelah di ketahui bahwa dia bukan muslim, salah seorang anggota jamaah berdakwah kepadanya dalam beberapa menit. Akhirnya dia pun masuk islam.

Beberapa orang dari jamaah pergi masuk ke dalam hutan liar di temani pemandu dan penerjemah. Dengan sedikit usaha pemandu, dalam waktu singkat terkumpul 25 orang laki-laki dan perempuan. Seorang dari jamaah menyampaikan kepentingan dan kenikmatan Islam kepada mereka dengan di bantu dua penerjemah sekaligus. Jamaah menyampaikan kepentingan dan kenikmatan Islam dalam bahasa Arab yang di terjemahkan ke dalam bahasa Hottentot.

Setelah beberapa menit jamaah berbicara mereka pun masuk Islam. Beberapa orang di bawa ke masjid untuk di ajari agama. Kemudian dua orang lagi menyusul jamaah ke masjid untuk masuk Islam. Setelah tiga hari di sana jamaah pindah ke masjid lain dengan di ikuti tiga orang dari suku Hottentot. Kami meghubungi seorang 'kyai' (ulama) di sana supaya dakwah dan bimbingan agama kepada mereka di tindak lanjuti.

Selama sebulan tidak bisa di hitung berapa orang masuk Islam. Hanya di dakwahi jamaah beberapa menit saja; polisi, pedagang, orang yang menunggu masjid, bahkan orang yang baru mandi di sungai langsung masuk Islam. Setelah jamaah pulang, bertepatan dengan musim haji pada tahun yang sama, 'kyai' yang di beri tanggungjawab untuk membimbing agama kepada orang-orang Hottentot itu datang ke Makkah. Beliau menginformasikan sekarang sudah hampir dua ribu orang  Hottentot masuk Islam. Alhamdulillah.



Beberapa karguzari lainnya di buku tersebut,


Di Sepanyol, jamaah yang pertama kali di kirim mencari orang keturunan Arab yang sudah banyak murtad. Di jumpai seorang Arab Kristen. Setelah di lacak (diselidiki) ia masih keturunan Sahabat Umar bin Khattab r.a. Jamaah berkata kepadanya, “Harimau selalu beranak harimau. Tidak bisa yang lain. Kamu keturunan Orang Islam, maka harus Islam.” Dia bersama keluarganya pun masuk Islam kembali.

Di Inggris, dengan usaha sederhana ini, Allah swt. mewujudkan kurang lebih tiga puluh pondok pesantren salaf dan puluhan pesantren Al-Quran. Di Perancis, sejak pertama kali dakwah tabligh di mulai (sekitar tahun 50-an) hingga sekarang telah berdiri tiga ribu masjid di sertai gelombang masuknya orang-orang kafir ke dalam agama Islam. Di Pakistan, penuilis menemui seorang pemuda dari Moskow datang ke Pakistan bersama jamaah dengan niat akan menghafalkan Al-Quran.

Pada tahun 2000 Indonesia mengirim dua jamaah ke Amerika. Mesjid-mesjid yang mereka datangi di antaranya adalah bekas gereja kosong yang sudah di tinggalkan para pengikutnya (orang Kristen). Gereja kosong tersebut di beli oleh orang Islam, kemudian di jadikan masjid. Ketika dua jamaah bergerak di sana, hampir setiap hari menyaksikan orang-orang Amerika baik yang berkulit putih maupun kulit hitam masuk Islam.



Dari Ibnu Hatari, Maulana Ibrahim berkata dalam bayan subuhnya pada 15/7/2010 di Masjid Bangawali, Nizamuddin: “Natijah hujan adalah air yang bersih dan pada sudut pandangan, adalah satu makhluk biasa. Tetapi kesan pergerakannya amat luar biasa. Wujudnya hujan, satu perkara akan menjadi hidup (tanah kering kontang menjadi subur dengan tumbuh tumbuhan). Begitu juga pergerakan umat ini, pergerakan hujan natijahnya memberi manfaat. Air hujan membasahi setiap penjuru tempat, tanpa mengira keadaan tempat tersebut. Dengan wujudnya hujan, maka faedahnya dapat memberi manfaat kepada satu kehidupan. Air itu diumpamakan agama dan pergerakan hujan diumpamakan pergerakan umat dengan kerja agama.


Allahu a'lam.
Baca lagi..

10 February 2012

Mati dalam Usaha Dakwah, Allah berikan Hidayah

Berikut ini karguzari dari nota fb ustaz Mahodum Hasibuan. Semoga Allah membangkitkan semangat dan keinginan mati syahid di jalan Allah, menghargai dan dicampakkan rasa ta'azim terhadap usaha yang mulia ini.




Ustaz Mahodum menceritakan,


Ketika kami keluar di Kota Malang tepatnya di Batu Malang tahun 2005. Pertama kami keluar tepat di halaqahnya, dihalaqahnya ada pesantren Hafidz Qur’an yang diasuh ustad tamatan dari Libiya.

Ada satu orang anak muda santri disitu sudah hafal 28 juz namanya Fuad.

Kami dihantar di daerah dingin dan terakhir kami dihantar lagi ke halaqah sebelum pulang ke Temboro lalu ke Jakarta dan Medan. Hari terakhir kami dihalaqah seperti biasa ba’da Isya khususi. Waktu itu saya di putus khususi ulama besar di kampung itu. Setelah pulang khususi jumpa dengan si Fuad dan dia bertanya :

Bang, bagaimana kargozarinya jumpa dengan ustadz itu?

Amir shaf katakan: “Supaya kargozarinya seru kita beli makanan dulu”.

Si Fuad bersedia khidmat kepada jamaah. Biasanya kalau beli makanan saya dan Dr. Dewanto yang khidmat beli makanan, tetapi si Fuad mengatakan saya saja karena jamaah sudah mau tangguh besok.


10 menit kemudian kami dapat kabar si Fuad di tabrak mobil tidak sadarkan diri. Semua jamaah berhamburan kedepan untuk melihatnya. Ternyata betul si Fuad sudah tergeletak di tanah. Kargozari orang tempatan, dia ditabrak mobil kemudian motor (kereta) dan terahir mobil lagi, kepalanya mengeluarkan darah yang banyak.

Ketika itu ada polisi yang lewat. Dengan menggunakan mobil polisi kami bawa si Fuad kerumah sakit. Setelah darah dibersihkan, kami menyadari bahwa rumah sakitnya kristen punya. Tanya dengan pak polisi masih ada rumah sakit umum yang muslim. Ada kata polisi tetapi agak jauh. Kami tanyakan berapa biaya rumah sakitnya. Susternya katakan “Gratis saja pak, karena baru kali ini kami melihat jenazah, matinya sambil tersenyum”. (Subhanallah) Rupanya si Fuad telah meninggal dunia.


Dengan perasaan sedih kami pun membawa mayatnya kerumah sakit umum. Sampainya disana polisi kordinasi dengan bagian rumah sakit mayatnya harus di fisum. Setelah di fisum biayanya dikenakan 500 ribu. Jamaah musyawarah besok saja mayatnya diambil karena belum ada persetujuan dengan pimpinan pondok.

Alamat si Fuad ini tidak ada yang tahu. Data yang ada cuma dia tinggal di kota A (saya sudah lupa nama kotanya). Jam 12 Malam itu di telepon ke kantor polisi dikota A tersebut. Supaya menanyakan dimana alamat si Fuad dikota tersebut. Ajib, jam 2 malam kami sudah dapat kabar dari sana. Alamatnya disini dan nama orang tuanya ini. Padahal kota itu sangat luas sekali, dalam jangka 2 jam dan tengah malam datanya sudah dapat. Ini bukan kerjanya polisi lagi tetapi kerjanya 'malaikat'. Tidak tahu alamatnya, tidak tahu nama orang tuanya. Inilah kuasa Allah SWT.

Paginya kami kerumah sakit untuk mengambil jenazahnya. Supir ambulannya sudah pernah keluar 3 hari. Kami kesana bersama beliau dan sampai dirumah sakit. Jumpai kepala bagian kamar mayat dan dia mengatakan: “Masalah biayanya gratis saja” Subhanallah. Sesampainya di mesjid kami mandikan, shalatkan dan dihantar mayatnya ke kampung halamannya.


Setahun kemudian saya berangkat ke Jakarta dan berjumpa dengan orang Malang dan dia bagi kargozari. Masih ingat gak suster yang kristen yang mengatakan : “Gratis saja pak, karena baru kali ini kami melihat jenazah, matinya sambil tersenyum”. Sekarang sudah masuk islam. Subhanallah.

Motor yang menabrak si Fuad itu anak karkun dan sudah 10 tahun ayahnya mengajaknya dia tidak mau juga keluar. Asbab kejadian itu anak tersebut mau keluar 3 hari.


Pengalaman saya yang paling berkesan dengan si Fuad dan sampai sekarang pun masih saya ingat. Ketika kami berjaulah, waktu itu saya yang mutakallim dan berjumpa dengan orang kristen dan kami tidak tahu dia kristen dan saya mengatakan : “Maaf pak, kami mau mendatangi saudara-saudara kami yang muslim”. Setelah beranjak dari rumah itu si Fuad sebagai dalil mengatakan kepada saya: “Bang kalau jumpa dengan orang kristen jangan minta maaf, tetapi itulah kesempatan kita buat dakwah. Sebaiknya yang dikatakan, kami mau menyampaikan satu kalimat yang hak kepada bapak (Laa ilaha ilallah)”. Dan sampai hari ini ketika jaulah jumpa dengan orang kristen maka hal ini saya lakukan.


Waktu itu Maulana Mustaqim yang datang ke Temboro. Didalam bayannya beliau mengatakan: “Orang yang sukses dalam dakwah itu bukan yang bisa keluar 40 hari 4 bulan dan buat maqami, tetapi orang yang sukses dalam dakwah adalah orang yang mati dalam buat dakwah."

Semoga Allah SWT matikan kita dalam dakwah.


Malfuzat maulana I'namul Hasan rah.a; "Beruntunglah orang-orang yang mengenal usaha dakwah, lebih beruntung lagi yang istiqamah dalam usaha ini, tetapi yang paling beruntung ialah mereka yang mati di dalam usaha dakwah ini."


Allahu a'lam.
Baca lagi..
 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.