10 February 2011

Karguzari: Asbab ikram/ adab makan, Allah beri hidayah

Karguzari(laporan) seorang rakan seusaha di Ireland, Bro A, memeluk Islam setelah makan sepinggan dan disuapkan makanan kepadanya. Bro A pernah berkhidmat dengan tentera Israel dan ayahnya merupakan seorang missionaris Kristian. Karguzari ini disampaikan oleh Amirhailmi setelah keluar khuruj bersama dengannya baru-baru ini di Tullamore, bandar Ireland. Diselitkan, karguzari ringkas.



Catatan santai Amirhulaimi;


"Amer sab stop kereta kat tesco dan minta ambo (saya) dan seorang Bro ni untuk beli makanan untuk makan pagi esok kat tempat tasykil. Masa tengah beli barang, ambo terpandang tatu yang seakan-akan lambang salib pada ibu jari Bro tu, tepatnya bawah metacarpophalangeal joint dia. hehe. Biasalah kan, reaksi bila terpandang muslim bertatu ni, macam2 persoalan timbul pada benak fikiran. Tapi ambo segan nak tanya, takut2 menyinggung perasaan dia. So, ambo kuburkan saje persoalan2 yang bermain di otak, mudah2han dapat penjelasannya nanti...

Pagi esoknya, setelah solat subuh, bayan dan mesyuarat, kami bersarapan pagi bersama. Sambil2 makan, kami borak2 pasal bahasa. (macam mana persoalan bahasa ni timbul tak ingat plak). Tengah2 sembang2, Bro tadi bagitau, yang dia boleh cakap 5 bahasa. Wow, menarik! jarang orang dapat speak banyak bahasa ni. Dan lebih menambahkan lagi perisa kejutan itu, dia boleh berbahasa hebrew (bahasa kat Israel). So dengan pantas ambo tanya 'How u get to know Hebrew?''

Lalu dia membuka ceritanya... katanya dulu dia pernah berkhidmat dalam tentera Israel. sekali lagi wow!!! Memang mengujakan dan menghairankan! Kami tanyalah, macam mana Israel boleh ambil orang Islam jadi tentera dia? Katanya masa tu dia bukan Islam. Maka terjawablah persoalan mula2 tadi, rupa2nya dia revert, mungkin tatu tu dia buat masa bukan Islam dulu. Ambo mintak dia cerita pengalaman jadi tentera Israel...

Kata dia, dulu masa remaja, dia ni kiranya budak jahat la.. Lalu ayah dia yang kerja kat kedutaan Israel paksa dia masuk tentera, untuk mendisiplinkan dirinya yang nakal itu. Masa tu lah dia belajar Hebrew. Dan.. masa tu jugaklah dia kata, dia sangat sangat membenci Islam dan orang2 Islam. Sambil tersenyum, katanya dia ingat lagi masa tu, ada rakan tenteranya yang 'baik hati' jadi supplier kaset player untuk sape2 yang tak suke dengar azan. Masa tu dia ditugaskan berkawal di Dome of Rock, dekat masjid Al-Aqsa tu. Jadi azan adalah antara benda yang wajib dia dengar tiap2 hari. Jadi sebab dia punya benci dengan Islam, bunyi je azan, dia sumbat la kaset player kat telinga.

Jadi, macam mana Bro ni boleh masuk Islam?? Part ni yang menarik dan menyentuh hati ambo. Katanya, lepas berhijrah ke Ireland, dia tinggal dengan dua orang Islam. Satu hafiz Quran dan seorang lagi karkun lama. Masa tinggal dengan diorang, dua2 ni pernah bagi pelempang kat muka dia! sebab?? sebabnya dia selalu mengutuk dan mempermainkan Islam dan penganutnya. Lepas kena pelempang dengan dua orang ni, dia mula terfikir, kenapa lah mereka ini begitu protective terhadap agama mereka. Katanya memang lama dia pikir pasal benda ni.

Satu hari, masa dia tengah makan, si karkun tu duduk depan dia dan makan satu pinggan dengan dia. Katanya, bukan setakat dia(karkun) tak kisah kongsi pinggan, malah dia suapkan makanan kepada Bro tu. Bro tu bagitau, masa tu lah hati dia cukup tersentuh! Katanya, seumur hidup, itulah kali pertama dia berkongsi pinggan. Bahkan dengan mak ayah dia pun tak pernah. Katanya, dia pun tak tau kenapa benda sekecil itu begitu menyentuh hati dia sehingga dia jatuh cinta pada Islam. Asbab itulah dia memeluk Islam dan katanya, sampai sekarang dia praktikkan makan berjemaah dalam satu pinggan, terutama dengan isterinya. Katanya, sunnah ini nampak kecil, tapi asbab inilah dia memeluk Islam.. MasyaAllah..

Memeluk Islam menyebabkan dia mengalami ujian besar kerana... ayahnya adalah seorang missionary kristian. Bahkan ayahnya membuka dan memiliki sebuah gereja. Selepas memeluk Islam, dia dihalau keluar dari rumah, dan segala biaya hidupnya dihentikan oleh kedua orang tuanya. Sampai sekarang, mereka msih belum menerimannya. Mujurlah bro karkun yang bawa dia masuk Islam tu jaga dia baik2, kata Bro A. Katanya, nikmat iman dan Islam adalah anugerah terbesar Allah pada dirinya. Dia sentiasa memohon kepada Allah agar ditetapkan hati dalam iman dan Islam, kerana katanya, kadang2 banyak ujian yang hampir2 menyebakan dia kembali keluar dari Islam. Kita sama2 doakan untuk beliau dan diri kita sendiri semoga Allah matikan kita dalam iman dan Islam, serta bersih dari segala dosa. Don't forget to spend your time for the deen of Allah!! Chow."

Semoga Allah memberikan hidayah Islam kepada ayahnya dan juga kepada seluruh orang bukan Islam.


Sumber karguzari dari blog Amirhulaimi di bicarajariku.blogspot.com



Karguzari ringkas: Di akhir tahun lepas (Dis 2010), satu jemaah 40 hari dari negeri Kelantan dibentuk dan dihantar ke Sandakan. Salah seorang jemaah menceritakan karguzari hidayah Islam yang Allah beri kepada tentera-tentera Israel berserta keluarga-keluarga mereka. Karguzari ini daripada rakan seusaha di Singapura. Sama ada ianya daripada jemaah Israel/Palestin yang khuruj ke Singapura atau sebaliknya, tidaklah saya ingat. Kisahnya bermula apabila beberapa tentera Israel membuat rondaan dan cuba merobohkan sebuah rumah Islam di Palestin. Mereka tidak dapat merobohkan rumah terbabit walau cuba sedaya upaya dan pelbagai cara. Akhirnya, mereka mengetahui  bahawa di dalam rumah terbabit beberapa orang (ahli rumah) sedang membaca taklim. Dengan kehendak dan kasih sayang Allah s.w.t, Allah memberi hidayah Islam kepada tentera-tentera tersebut dan mereka mengajak pula ahli keluarga mereka untuk memeluk agama Islam. Oleh kerana karguzari ini bukan melalui sumber prima/ utama, seeloknya kita tidak menghadam karguzari ini sepenuhnya melainkan ada di kalangan rakan seusaha yang lain mengesahkan karguzari ini. Setakat ini, penulis blog mendengar karguzari ini dari dua sumber yang berlainan.


Khuatir ada yang salah faham berkenaan hukum tatu yang sukar ditanggalkan setelah memeluk agama Islam/ bertaubat, boleh rujuk kepada sumber-sumber bermanfaat di internet.


Wallahu a'lam.
komen
7 komen

7 komen:

tawfiq ramlan said...

yess... ternanti2 entry terbaru..
at last, update juge :)

karguzaridakwahiman said...

@tawfiq ramlan

entry copas.. ehe

Ibnu Mutalib said...

:g:

Anonymous said...

masya Allah,,ana dr Dumai,,
salut buat tabligh,,bantu do'akan ana tuk IPB

karguzaridakwahiman said...

@Anonymoussemoga Allah berangkatkan kita, istiqomah dan menjadi asbab hidayah. amin,

Anonymous said...

Assalamualaikum,, mhon kbenaran tuk copy...

karguzaridakwahiman said...

@Anonymous
:b: , monggo..

 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.