28 October 2011

Usaha Dakwah: Asbab Hidayah Orang Bukan Islam

Karguzari hidayah terhadap orang bukan Islam dari sorotan pengalaman Dr. Mohamad Noorman. Atas sifat Ar Rahman dan Ar Rahim-Nya, Allah SWT telah sebarkan hidayah melalui usaha dakwah.





Dalam membuat usaha agama, tumpuan dan fokus usaha kita adalah terhadap orang-orang Islam terlebih dahulu. Namun demikian, Allah dengan kerahimannya telah menunjukkan bahawa orang-orang bukan Islam juga mendapat tempias kebaikan melalui usaha yang dijalankan sehingga ada yang mendapat hidayat, lantas memeluk agama Islam. Sepanjang berada di dalam usaha ini, telah beberapa kali Allah pertemukan dengan insiden atau peristiwa di mana orang bukan Islam mendapat hidayah sehingga mendorong mereka memeluk agama Islam.


Peristiwa pertama sewaktu saya keluar empat bulan IPB. Semasa berada di dalam taskil di Bhopal, Jemaah kami telah dipertemukan dengan seorang warga Afrika yang sedang menuntut di Bhopal. Tatkala berjumpa dengan dia, kami telah bertanyakan namanya, lalu dijawapnya sebagai “Moses” dan apabila ditanya tentang agamanya, beliau telah menjawab sebagai beragama Kristian. Setelah bertakruf, Jemaah kami terus beriktilat dan dalam berbual, kami sempat berseloroh mangatakan nama sebenarnya bukanlah “Moses” tetapi “Musa”. Beliau bertanya lanjut mengapa kami mengatakan yang nama sebenarnya bukan “Moses” sebaliknya “Musa”, maka kami pun menceritakan tetang kisah Nabi Musa sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran. Ternyata, apa yang disampaikan oleh Jemaah kami kepadanya telah menyentuh pintu hatinya sehingga menyebabkan dia bersetuju untuk menghadiri Ijtimak Bhopal, apabila ditaskil oleh Jemaah. Di dalam Ijtimak Bhopal inilah, beliau telah memeluk agama Islam dan kami telah menamakanya dengan nama Musa.


Peristiwa kedua yang saya lalui melibatkan seorang berbangsa Cina yang berlaku sekitar tahun 1995. Beliau adalah seorang anak muda yang tugasnya membantu ibunya menjual kuih muih di kawasan tidak jauh dari Masjid Sri Petaling. Suatu ketika, suatu Jemaah dari Kelantan yang di dalam perjalanan ke Masjid Sri Petaling, dengan menaiki pengangkutan awam telah turun di tempat yang agak jauh dari Masjid Sri Petaling. Memandangkan mereka mungkin pertama kali ke Sri Petaling, maka masing-masing agak kekok dan keliru untuk mencari dengan pasti lokasi Masjid Sri Petaling. Maka salah seorang daripada ahli Jemaah telah bertanya dengan seorang budak Cina yang mana budak tersebut akhirnya bersetuju untuk menunjukkan jalan ke Masjid Sri Petaling. Di atas kehendak Allah, budak tersebut bukan sahaja menunjukkan jalan sehingga sampai, bahkan dia sendiri telah turut masuk ke Masjid Sri Petaling. Setelah beliau masuk, beliau merasakan sesuatu kelaianan yang tidak pernah beliau lalui sehingga dari diri beliau sendiri terbit keinginan untuk masuk Islam. Beliau telah memeluk Islam dan kemudiannya telah turut keluar selama 40h dengan pelajar-pelajar UiTM. Masih dapat saya baying wajah keceriaanya setelah selesai 40h dan memaklumkan kepada saya “Abang,,,saya nak sunat tau!!!”


Peristiwa ketiga berlaku sekitar tahun 2000 sewaktu saya mengikuti kursus induksi sebagai syarat untuk pengesahan jawatan. Dengan izin Allah semasa mengikuti kursus induksi, saya telah ditempatkan bersama dua orang pensyarah UiTM yang juga merupakan rakan seusaha semenjak zaman kami belajar lagi. Kami semua ditempatkan di sebuah rumah yang boleh memuatkan seramai 8 orang. Hampir kesemua perserta kursus adalah pensyarah melainkan seorang sahaja iaitu staf pentadbiran. Salah seorang daripada pensyarah tersebut adalah seorang berketurunan Cina tetapi telah dipelihara oleh keluarga angkat yang berketurunan Hindu. Sepanjang hampir 2 minggu berkursus, kami telah mengikram beliau yang sememangnya telah mempunyai minat terhadap agama Islam. Semasa mengikuti kursus induksi, pada hari Khamis malam Jumaat, peserta digalakkan untuk mengikuti program bacaan Yassin di surau. Memandangkan hampir semua ahli rumah adalah beragama Islam kecuali, maka semua telah pergi ke surau untuk membaca Yassin meninggalkan beliau keseorangan di rumah. Saya telah mengambil peluang untuk mengajak beliau untuk turut sama tetapi beliau enggan kerana malu. Saya terus memujuk dan akhirnya beliau bersetuju untuk pergi dengan mengenakan pakaian baju melayu raihan yang saya pinjamkan. Beliau telah turut sama mengikuti bacaan Yassin dengan hanya memegang kitab Yassin tanpa membacanya. Sepanjang dua minggu bersama dengannya, telah acapkali kami mengajaknya memeluk Islam, tetapi beliau memberi jawapan belum bersedia dan perlu memikirkan semasak-masaknya, sehinggalah apabila kursus induksi telah tamat, kami semua telah pulang dang dia masih belum lagi memeluk Islam. Selepas hampir dua tahun, suatu hari pada hari Jumaat, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam, seorang telah memanggil-manggil nama saya dari belakang dan apabila saya menoleh, rupa-rupanya pensyarah yang dua tahun dahulu bersama dengan saya telah pun memeluk agama Islam.


Peristiwa keempat melibatkan orang Asli di Shah Alam. Waktu itu, saya menetap di Seksyen 6 Shah Alam dan mesyuarat halqah Shah Alam Utara telah memutuskan agar muhallah kami menjalankan usaha Ghast kedua di Surau Air Kuning iaitu penempatan orang Asli. Semasa keluar ghast, Jemaah telah dipertemukanoleh Allah dengan salah seorang lelaki dewasa berketurunan orang Asli yang masih belum memeluk Islam. Pada awalnya, Jemaah menyangka bahawa beliau adalah orang Islam, maka rahaba dan mutakalim telah menjalankan tugas seperti biasa. Tetapi apabila ditaskil oleh mutakalim untuk datang ke surau, beliau telah memaklumkan bahawa beliau bukan beragama Islam. Mendengarkan jawapannya, mutakalim dalam keadaan tidak begitu bersungguh menjemput beliau supaya memeluk Islam. Atas kehendak Allah, beliau bersedia dan telah datang ke surau. Selepas solat magrib, beliau telah duduk di dalam bayan magrib dan setelah bayan selesai, maka Jemaah telah mengajar beliau untuk bersyahadah dan akhirnya beliau telah berjaya di Islamkan.


Insiden atau peristiwa pengislaman seterusnya adalah semasa saya keluar bersama pelajar-pelajar UiTM selama 10h ke kawasan Semenyih. Di salah satu surau yang kami keluar, kami telah menjalankan usaha ziarah pintu ke pintu di waktu pagi. Di kawasan tersebut, yang merupakan kawasan perumahan flet atau apartment, kebanyakan daripada penduduk berketurunan India dan mengikuti kepercayaan Hindu. Namun demikian terdapat segelintir penduduk berketurunan India yang beragama Islam. Oleh yang demikian, semasa menjalankan usaha ziarah pintu ke pintu, kami akan melihat sama ada terdapat daun manga atau pun tidak dipintu rumah. Sekiranya tiada, bermaknya rumah tersebut mungkin dihuni oleh orang Islam dan rumah sebegini, rahaba akan memberi salam. Semasa menjalankan ziarah, Jemaah telah bersemuka dengan seorang lelaki yang berada diluar rumahnya. Rahaba tanpa usul periksa terus memberi salam dan memperkenalkan Jemaah kepada lelaki tersebut yang berketurunan India. Setelah memperkenalkan Jemaah, mutakalim pun menjalankan tugasnya memberi dakwah. Semasa mutakalim bercakap, beliau telah memberi tumpuan yang penuh tanpa banyak bercakap dan hanya apabila mutakalim menaskil beliau, barulah beliau membuka mulut dan berkata bahawa beliau bukan beragama Islam. Jemaah telah memohon maaf dan bergerak meninggalkan beliau tetapi selang beberapa langkah Jemaah bergerak, beliau telah memanggil semula semula mutakalim dan bercakap “Adik…saya mahu masuk Islam”. Kami menjemput beliau ke surau tetapi beliau enggan kerana perlu pergi bertugas. Pada malam hari kami telah menziarahi beliau dan keesokannya beliau bersama ahli keluarga iaitu isteri dan anak-anaknya yang masih kecil seramai dua orang telah memeluk agama Islam.


Selanjutnya ialah sewaktu saya keluar 3h di kawasan Pelabuhan Klang. Suatu hari semasa keluar, ketika menjelang waktu magrib, seorang lelaki berketurunan Sikh telah datang ke surau dengan mengenakan pakaian seragam sebagai seorang petugas pengawal keselamatan. Dari kejauhan saya telah memandang lelaki tersebut kerana gelagat dan telatahnya seperti seorang yang sedang mencari-cari sesuatu. Setelah azan magrib, semua Jemaah telah mendirikan solat magrib, dan lelaki tadi telah duduk di belakang melihat keseluruhan Jemaah yang bersolat. Setelah selesai solat, kami telah bersemuka dan bertanya kepada beliau apakah gerangan yang beliau cari, dan jawapan yang kami terima ialah “Saya mahu jadi orang Islam”. Saya memaklumkan kepada amir Jemaah yang kemudiannya menyerahkan tugas untuk mengajar kalimah kepada saya. Setelah diajar beberapa kali, akhirnya beliau dapat mengucapkan kalimah yang seterusnya menjadi orang Islam.


Peristiwa terakhir kisah pengislaman ini berlaku pada tahun 2007 di surau “Bintang” Seksyen 7 Shah Alam. Surau ini setelah siap, telah dibiarkan tanpa ada sesiapa yang mengimarahkannya. Jemaah dari Seksyen 7 Mustakimah telah memulakan usaha ziarah kedua. Namun disebabkan kemudahan surau yang agak dhaif, maka orang-ramai yang tinggal sekitar surau tersebut masih belum dapat mengimarahkan surau tersebut. Dalam keadaan surau yang dhaif itu, ada seorang lelaki berketurunan India yang menganut kepercayaan Hindu telah tinggal menetap di luar surau tersebut. Apabila jord UiTM diputuskan untuk dijalankan di Surau tersebut, rakan-rakan seusaha dikalangan pelajar UiTM telah berkhidmat membasuh dan mencuci surau tersebut. Lelaki india tersebut telah turut sama menyertai khidmat membersihkan surau tersebut. Ditakdirkan Allah salah seorang daripada rakan seusaha UiTM ada yang boleh berbahasa Tamil. Kelebihan yang ada pada beliau telah digunakan untuk menaskil beliau untuk memeluk agama Islam. Lelaki India tersebut terbuka hati dan kemudiannya memeluk agama Islam dengan mengambil nama baru iaitu Muhammad.


Sebenarnya, kisah-kisah yang saya coretkan bukanlah untuk menunjukkan usaha saya, cuma untuk menceritakan bahawa melalui usaha ini, Allah akan sebarkan hidayah. Mereka yang saya sebutkan di dalam kisah-kisah di atas telah memeluk Islam atas kehendak Allah dan melalui usaha-usaha orang-orang terdahulu yang telah banyak berkorban dan doa yang berterusan.


Allahu a'lam.


Beberapa karguzari lainnya dari Dr. Noorman di blog Coretan-Kisah.
Baca lagi..

04 October 2011

Makluman Penukaran URL Streaming Radio Islam Nusantara

Mungkin ada di antara kita masih tidak mengetahui bahawa admin Radio RIN telah menukarkan url streaming. Url sebelum ini tidak lagi berfungsi. Kemaskini widget tuan-tuan daripada url lama ini, http://wm9.spacialnet.com/radioislam kepada url yang baru, http://rs5.radiostreamer.com/radioislam.


Pihak Radio RIN juga menyediakan url streaming untuk kesesuaian hp atau android OS.
http://rs3.radiostreamer.com:8120/listen.pls



Beberapa tip,

1. Pengguna browser chrome: install plugin Chrome Radio Player dan kemudian masukkan url radio RIN ini, http://rs5.radiostreamer.com/radioislam pada bahagian setting.

2. Pengguna android: install aplikasi 'xiaalive lite'. Urutannya seperti berikut ini; aplikasi 'xiaalive lite' > favorites > add favorite > url (masukkan url radio seperti yang tertera di atas).



Kod html widget Radio RIN telah dikemaskini, boleh ke pautan ini:
RADIO RIN WIDGET
Baca lagi..

21 July 2011

Karguzari: Laporan Syaikh Muhammad Aman bin Al-Jamy (rhm) & Syaikh Ghulam Musthafa Hasan

Catatan karguzari (laporan) Syaikh Ghulam Musthafa Hasan dan Syaikh Muhammad Aman bin Al-Jamy rahimahullah (1349-1416 H) seperti mana yang terdapat di dalam buku Jilaaul Adzhan terjemahan Indonesia, Menyingkap Tabir Kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh.




Karguzari Syaikh Muhammad Aman bin Al-Jamy


Surat syaikh rahimahullah berisi laporan kunjungannya ke Ijtima' Dhaka, Bangladesh (Jan,1979). Pihak Universiti Islam Madinah telah menghantar syaikh rahimahullah yang pada masa itu menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Hadis dan Pengajian Islam; dan turut bersamanya, Syaikh Abdul Karim Murad daripada Fakulti Syariah. Catatan mengambil sedikit daripada laporan tersebut, kisah seorang pemuda yang turut menghadiri ijtima' serta pandangan ringkas syaikh rahimahullah terhadap jemaah tabligh.


Syaikh rahimahullah dalam suratnya mengatakan;

❝ Saya sebutkan sebuah kisah pendek tentang seorang pemuda dari Riyadh, yang telah hadir di ijtima' Dakka bersama sekumpulan pemuda dari Amerika. Ia telah diselamatkan oleh Allah dari kehidupan jahiliyyah yang telah mengakar di Amerika dengan sebab jamaah ini. Pemuda tersebut menyatakan keinginannya kepada saya untuk melaksanakan Umrah, dengan harapan ibadah ini menghapus keburukan dosa-dosanya dan membersihkan jahiliyyahnya.

Tentu saja, saya mendorongnya untuk melakukan itu, sesudah saya terangkan kepadanya keutamaan taubat, bahkan ia dapat menghapus dosa-dosa sebelumnya. Dengan perasaan malu yang sangat tampak di wajahnya, ia berkata, "Syaikh Muhammad, saya ingin melaksanakan Umrah, tetapi saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan kalau saya sampai di Makkah. Sebab, saya telah lupa semuanya yang saya pelajari di (SMA) dahulu, sebelum saya pergi ke Amerika. Saya telah kehilangan segalanya." Ia mengatakan hal ini dengan penuh keharuan. Saya pun sangat terharu mendengar pengakuannya. Saya katakan kepadanya, "Mari kita sedikit menjauh dari keramaian orang, saya akan menerangkan amalan-amalan Umrah." Ia berkata, "Bolehkah saya merekamnya?" Saya berkata, "Silakan, kalau engkau memiliki tape recorder dan kaset." Kemudian, saya juga diminta untuk menerangkan semuanya dengan ringkas dan saya beri dorongan kepadanya untuk mengunjungi Masjid Nabawy dan Universitas Islam di Madinah Munawwarah untuk mendapat bekal berupa buku-buku dan risalah-risalah yang bermanfaat.

Satu hal yang ingin saya kemukakan secara ringkas dari kisah ini dan kisah sebelumnya, bahwa Jamaah Tabligh mempunyai hasil kerja yang sangat panjang untuk disebutkan, yang tidak dimiliki olej Jamaah da'wah lain, dan di dunia Islam lainnya. Hasil kerja mereka dapat dilihat dengan jelas dan tidak dapat dipungkiri oleh siapa pun, baik kawan maupun lawan.

Rahsia keberhasilan ini adalah karena jamaah ini menjadikan da'wah ilallah dan usaha perbaikan manusia sebagai tujuan hidupnya. Bagi jamaah ini, hanya memegang da'wah dengan tangan kiri dan hidup dengan menyandang namanya dengan tangan kanan saja belumlah cukup, tetapi, mereka memegang da'wah dengan kedua tangannya. Kemudian, mereka menjauhi ambisi untuk cinta kepada pujian dan sanjungan. Pujian manusia, ejekan bagi mereka sama saja, sehingga hidup ini menjadi sederhana.

Karena masalahnya sangat jelas, dan kesan da'wah mereka juga sangat jelas, isyarat ini saya cukupkan. Dan bagi orang-orang yang beramal, pengaruh amal dan usaha mereka menjadi bukti bagi mereka. Semoga Allah s.w.t memberikan taufiq kepada kita. ❞


Di akhir surat, syaikh rahimahullah menyertakan beberapa usulan, ini termasuklah menyarankan supaya pihak  Universiti Islam di Madinah menggalakkan mahasiswa-mahasiwa dan dewan tenaga pengajar menyertai muktamar-muktamar yang diadakan oleh jemaah tabligh.

Biografi syaikh rahimahullah serta pujian-pujian ulama kepadanya seperti  Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah, Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dan Syaikh Shalih al-Fauzan, boleh rujuk di laman ini, Para Ulama Ahlul Hadits.




Karguzari Syaikh Ghulam Musthafa Hasan


Syaikh Ghulam Musthafa Hasan merupakan alumni dari Universiti Islam Madinah, Rektor Universiti Al-Muhammadiyah Khusus untuk Wanita dan pengarang buku Jilaaul Adzhan ini. Di bahagian mukaddimah, syaikh menceritakan pengalaman awalnya menyertai jemaah dan menyertakan karguzari yang berikut ini;


❝ Pada tahun 1395H (1975), saya memperolehi kesempatan untuk khuruj fi sabilillah selama 40 hari ke Sudan. Akhirnya, tahulah saya bahwa mereka adalah orang-orang yang hatinya telah dirasuki kesedihan dan kerisauan yang dalam karena melihat keadaan umat Islam pada hari ini. Dalam kerja besar ini, mereka tidak mempunyai kepentingan dan tujuan pribadi. Karena keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam berda'wah. Allah s.w.t telah memberikan hidayah kepada banyak hamba-hamba-Nya.

Dalam perjalanan tersebut, di sebuah stasiun kereta api di Syindi, saya melihat seorang pemuda Tunis bersama seorang gadis Amerika. Pada waktu itu, kami sedang dalam perjalanan menuju Port Sudan. Pemuda Tunis tersebut bersama-sama naik kenderaan kami. Maka seorang di antara kami berbicara kepadanya tentang iman sehingga Allah s.w.t telah memberikan karunia hidayah kepadanya. Sekembalinya kami  ke Saudi Arabia, pemuda tersebut telah datang untuk melaksanakan Umrah. Ia juga telah hafal beberapa juz Al Qur`an. Rupanya, pemuda tersebut termasuk keturunan As-Sadaat ia mempunyai famili di Madinah Al-Munawwarah.

Setelah tamat dari Fakultas Da'wah dan Ushuluddin di Universitas Islam Madinah Al-Munawwarah, saya menjadi tenaga da`i di Lembaga Riset Ilmiah, Fatwa, Da'wah dan Bimbingan Islam di Mauritius, kemudian di negeri Bahrain dan berkerja di sana selama dua belas tahun. Selama masa tersebut, saya telah mengunjungi banyak negara. Sungguh, saya belum pernah melihat pengaruh jamaah mana pun yang menyamai pengaruh Jamaah Tabligh. Karena takut akan pengaruh jamaah ini, sebagian orang menentangnya dan melemparkan berbagai tuduhan yang berbahaya. Tetapi, karena keikhlasan mereka, Allah s.w.t selalu menolong dan membela mereka melalui bantuan ghaib-Nya. ❞


Semoga Allah s.w.t memberi ganjaran yang besar kepada alim ulama atas pengorbanan mereka dalam usaha da'wah tabligh dan membuka dada-dada para alim ulama lainnya untuk turut mengorbankan tenaga, fikiran dan memberikan kerjasama dalam usaha yang mulia ini demi ad-deen Allah Ta'ala. Aamiiin.



Nota: Buku Jilaaul Adzhan menampilkan surat-surat para ulama yang mukhlis di Kerajaan Saudi Arabia, diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz. Dipaparkan juga penjelasan serta pandangan Syaikh Abu Bakar Jabir Al Jazairy dan Syaikh Yusuf bin `Isa Al-Malahy. Muat turun pdf Jilaaul Adzhan terjemahan Indonesia di 4shared.
Baca lagi..

14 July 2011

Karguzari Jemaah ke Papua, Indonesia

Beberapa karguzari usaha dakwah di Papua, dikongsi bersama daripada rakan-rakan fb. Gambar menunjukkan Derry Sulaiman menatap hiba mayat yang diawetkan dari salah satu suku di Wamena ketika beliau khuruj fisabilillah di sana, sekitar 3 bulan yang lalu. Sekilas tentang populasi penduduk, agama, bahasa dan info Papua lainnya boleh rujuk di wikipedia.




Keislaman Suku Tastmit di Papua.


Karkun Zumindar Salafy @ Haney Karkun Keren menukil karguzari:

❝ Ust.Ahyar bercerita kepada kami, Ust.Kiki bercerita kepada kami, beliau berdua berkata: Kami musyawarah NTB (Nusa Tenggara Barat) di markaz dan kita kedatangan jamaah Irian Jaya. Ust.Dahlan bayan magrib, beliau karguzari;

Kami dakwah di Papua penuh dengan pengorbanan. Pernah kami keluar ke pedalaman suku Tatsmit. Kami di sambut dengan panah dan tombak dan habis tubuh saya dengan panah beracun sehingga saya di larikan ke rumah sakit. Hampir 1 minggu saya di rumah sakit, tapi tetap sabar. Anehnya, orang-orang yang memanah saya ikut menganter saya ke rumah sakit. Setelah sembuh, kami tetap masukkan jamaah ke suku tersebut, sampe kami di terima dan yang awal kami ajarkan adalah cara mandi pake sabun, samphoo dan sikat gigi sama suku tersebut, sehingga mereka merasa nyaman kerana mereka biasa menggunakan minyak babi jadi sabunnya.

Setelah mereka terkesan dengan mandi pake sabun, samphoo, baru kami dakwahkan tauhid sehingga awal dakwah kami di sana, kami bisa ajak 2000 orang kelapangan untuk mandi masal menghilangkan najis mughallazah mereka,dan mengajak mereka syahadat. Alhamdulilah, 2000 masuk islam, dan singkatnya setelahnya, 4000 masuk islam dan beliau tasykil karkun Lombok khuruj ke Papua, sudah di siapkan 3 pesawat gratis untuk jamaah. Selesai bayan, beliau bagi CD untuk karkun-karkun yang isinya dakwah jamaah khuruj di suku Tatsmit di Papua yang sekarang berubah menjadi kampung islami asbab dakwah jamaah tabligh. Sampe orang tua markaz angguk-angguk dengar karguzari tersebut dan berkata di NTB, belum apa-apa dakwahnya di bandingkan dakwahnya rekan-rekan kita di Papua Irian Jaya. ❞


Berikut ini mungkin rakaman video dari CD yang dimaksudkan, berdasarkan kepada karguzari dan penerangan ringkas video ini di youtube...





Kemaskini 22/9/2011: Melalui perbincangan di salah satu group fb, video ini berkenaan dakwah Yayasan Al-Fatih Kaaffah Nusantara (AFKN). Karguzari ini perlu perincian lagi.

Kemaskini 25/5/2012: Muat turun kajian ini dalam bahasa English, The Arrival and Spread of the Tablighi Jama’at In West Papua (Irian Jaya), Indonesia, download.

Kemaskini 04/9/2013: Telah tersebar gambar ketua suku sepertimana yang terekam di video. Allah SWT yang memberi hidayah, tiada siapa yang dapat menghalangnya.



















Jemaah Khuruj ke Wamena, Papua. 


Karguzari dan pesanan Derry Sulaiman; 

❝ Alhamdulillah sekarang banyak putra daerah, yang sudah dapat hidayah jadi muslim. Bahkan ada satu suku (tribe) yang masuk islam. Sekarang di sana di perlukan tenaga da'i yang bisa membimbing tauhid dan keimanan mereka. Ada beberapa kampung islam di Wamena, di antaranya Walesi, alhamdulillah sudah ada pondok tahfidzul quran di sana dan di kota Wamena ada juga madrasah, cabang pondoknya KH. Mukhlisun Magelang *. Alhamdulillah sudah banyak di antara mereka yang sudah ikut khuruj 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Akses ke Wamena hanya bisa lewat udara (pesawat terbang). Ada beberapa masjid yang sudah hidup 5 amal dan beberapa amal. Di harapkan pengiriman jemaah ke Wamena dan pedalaman Papua di perbanyak. Mereka orang primitive, punya sifat sami'na wata'na (mengikut apa yang di ajarkan), dan lembut dalam berbicara.

Derry Sulaiman & Axel Djody bersama pribumi Wamena 

Karna orang islam gak mau bergerak kesana, sekarang orang non-muslim yang bergerak kesana. Kasihan mereka, ikut-ikutan orang tersebut karena uang aja... lihat saja di foto itu ada yang pake kalung salib (gambar dikaburkan), namun mereka tak ajarkan cara berpakaian. Para missionaris bekerja hanya untuk gaji /uang saja... jadi kalo para karkun bergerak ke sana dengan sangat mudah mereka akan ucapkan syahadat dan ikut kita. Karna kerja orang kafir sangat rapuh seperti sarang lelabah. 

Waktu kami ke sana, alhamdulillah dapat tasykilan 1 jamaah 4 bulan (9 orang) dan 1 orang ke IPB. Mereka gagah dan tampan kalo pake sunnah. Kirim jamaah sebanyak mungkin.... insyaALLAH?? ❞


Derry Sulaiman juga menambah, betapa perlunya jemaah masturat (wanita) dihantar ke sana. 'Abdullah Belajar Ihsan' mendengar karguzari dari jemaah yang telah khuruj ke Wamena bahawa mereka menyatakan, setiap jemaah yang khuruj ke sana minima dalam jangka masa 40 hari akan menjadi asbab hidayah kepada pribumi (orang asli) di Papua, Insya'Allah.


Usaha Rasulullah s.a.w berbeda dengan usahanya nabi-nabi yang lain, karna Rasulullah s.a.w berusaha untuk menjadikan seluruh ummat nya menjadi DA'I... bukan hanya menjadi ahli ibadah saja... sebuah mesin yang bisa mencetak seribu buku, tidak sama dengan sebuah mesin yang bisa mencetak 1000 mesin... ~fikirkan~  - Derry Sulaiman.



* KH. Mukhlisun, salah seorang syura usaha dakwah dan tabligh di Indonesia serta penanggungjawab Ponpes (pondok pesantren) Sirojulmukhlisin, Payaman-Magelang Jawa tengah, Indonesia.


Wallahu a'lam.
Baca lagi..

08 July 2011

Radio RIN: Ulang Siar Rakaman Jord MJSP, 9hb - 12hb Julai 2011

Alhamdulillah, Farouk Ahyar & pihak Radio RIN akan mengulang siaran rakaman Muzakarah Syura, Jord Umum (29/6/11), Jord `Ulama (30/6/11) dan Jord Masturat (3/7/11) bermula pada hari sabtu, 9/7/11 sehingga hari selasa, 12/7/11. Insya'Allah.





Beberapa rakan kita bertanyakan agar diulang semula rakaman jord di Masjid Jami Sri Petaling baru-baru ini untuk kali ke-dua. Sebenarnya, beberapa hari ini pun pihak Radio RIN masih menyiarkan bayan-bayan tersebut. Di bawah entry ini disenaraikan jadual lengkap ulang siar rakaman jord. Mungkin ini lebih memudahkan.

Berkenaan cara atau di mana memuat turun bayan-bayan daripada Radio RIN, perkara ini telah diajukan kepada staff/admin mereka dan mereka tidak menyetujui sebarang rakaman bayan yang bersumber daripada siaran Radio RIN dimuat naik atau dimuat turun tanpa kebenaran daripada pihak mereka.


........


Berikut ini jadual siaran rakaman jord:



Sabtu, 9.7.11 
10.00 pagi:  Bayan Maulana Shamim kepada Syura; 2jam 28min.
10.00 mlm:  Bayan Sheikh Habib Nizamuddin; 1jam 13min.

Ahad, 10.7.11
10.00 pagi:  Bayan Maulana Shamim di Jord Umum; 2jam.
10.00 mlm:  Bayan Maulana Usman; 1jam 55min.

Isnin, 11.7.11
10.00 pagi:  Laporan Kerja Ulama dan bayan Maulana Shamim; 1jam 43min.
10.00 mlm:  Bayan Maulana Zakaullah; 1jam 50min.

Selasa, 12.7.11
11.00 pagi:  Targhib/Laporan Usaha Masturah KL; 1jam 20min.
10.00 mlm:  Bayan Masturah Prof. Munawwar Bashar; 1jam 20min.


........


Beberapa tips:

1. Pengguna browser chrome: install plugin Chrome Radio Player atau Radio Player Live dan kemudian masukkan url radio RIN ini, http://rs5.radiostreamer.com/radioislam pada bahagian setting.

2. Pengguna android: install aplikasi 'xiaalive lite'. Urutannya seperti berikut ini; aplikasi 'xiaalive lite' > favorites > add favorite > url (masukkan url radio seperti yang tertera di atas).


........


Pautan Radio Islam Nusantara;

Web: http://radioislam-nusantara.com
Facebook: http://www.facebook.com/pages/radioislam-nusantaracom/133420362129

Baca lagi..

02 July 2011

Karguzari: Baba Abdul Razak Kakrail?

Karguzari "May Allah grant us hidayat from lives of these people" bersumber daripada seseorang yang bernama pena, Ibnu Hatari. Penulis menceritakan pengalamannya semasa khuruj di Bangladesh sekitar Mac 2006 atau lebih tepatnya di Masjid Kakrail, Dhaka. Semoga beroleh manfaat hendaknya, Insya'Allah.




Ibnu Hatari menukil karguzari:


Suatu pagi, setelah selesai sarapan roti dan chai (minuman teh susu) yang enak bersama ribuan ahli jemaah, maka pun aku merayau-rayau sorang-sorang dalam masjid Kakrail. Masjid ni sangatlah besar dan bertingkat-tingkat. Aku dah tak berapa ingatlah bilangan tingkatnya, tapi yang aku pasti masjid nih boleh memuatkan para jemaah sehingga melebihi 10ribu orang. Waktu tu pun jemaah arab dah ramai mulai membanjiri masjid tersebut. Tanda-tanda usaha agama semakin berkembang dan akan kembali ke tempat asalnya..

Masa tengah rayau sorang-sorang tu, aku telah termasuk ke dalam satu bilik yang mana terdapat satu jemaah Indonesia yang tengah berkumpul untuk mendengar bayan wapsi/tangguh daripada sorang lelaki tua. Kebetulan ketika itu juga mereka memerlukan penterjemah bayan, maka tanpa niat aku telah terpilih menjadi perantaraan untuk alih bahasa English ke bahasa Indonesia. Inilah pengalaman pertama aku sebagai murtajim/penterjemah bayan. Amal berakhir sekitar 1 jam lebih..

Jemaah Indonesia ini agak istimewa, telah diberitakan kepadaku oleh karkun-karkun yang lain ketika itu bahawa salah seorang ahli jemaahnya yang juga merupakan seorang ustaz dan juga amirsab telah meninggal dunia/syahid dalam dua hari lepas, babak-babak terakhir mereka sebelum tamat tempoh khuruj. Yang mengejutkan aku, route dimana tempat mereka dihantar untuk buat usaha agama sama juga dengan route jemaahku, cuma mereka telah selesai tangguh daripada keluar, akan tetapi jemaahku akan ke sana sekitar tengahari lepas zohor. Memang mulia keadaan orang yang meninggal dunia ketika keluar semasa buat usaha agama. Rupa macam orang tidur tersenyum.. cuma disini aku bukan mahu bercerita kisah orang syahid, tetapi pengalamanku bersama pembayan tua yang aku terserempak ini.


Selesai bayan, maka pembayan tua itu terus mencekup bahuku lalu berkata dalam bahasa inggeris "Where are you from? Jazakallah khairan for the khidmat of bayan for this particular jamat.. have somebit of time with me". Beliau tersenyum dan terus membawaku bersandar pada timbunan-timbunan bantal, di satu sudut dalam bilik tersebut. Rupa-rupanya bilik yang aku tersesat masuk tanpa niat menjadi penterjemah tadi adalah bilik khas beliau di dalam masjid Kakrail ini. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Razak, dan mahu aku panggilnya Baba. Rupa parasnya sederhana tinggi, matanya biru dan asyik terbeliak apabila ingin menyampaikan satu perkara yang penting, amat fasih berbahasa inggeris, penuh dengan jenaka tetapi tegas perwatakannya. Mukanya semacam ada nur... penampilannya serupa sedikit seperti Maulana Nazlur Rahman Raiwind damatbarakaatuhum... beliau memberitahu umurnya 89 kepadaku dengan penuh semangat. Aku pun dengan penuh rasa hormat sambil tersipu-sipu memperkenalkan diriku dan mengatakan diriku berasal daripada Malaysia.

Memang ada suatu jazbah yang berlainan dalam diri orang tua ini jika dibandingkan dengan orang-orang tua yang umum sebaya dengannya. Kebanyakan orang tua-tua dalam usaha agama biarpun umur yang lanjut, percakapan mereka ini sungguh hikmah dan menusuk hati. Tanda daie yang makbul.

"O from Malaysia? MASYAALLAH!" nadanya yang semangat. Maka disambung lagi Baba Abdul Razak kakrail "I KNOW your late prime minister Tun Abd Razak, not only we share the same name, but i know him VERY WELL". Aku pun berkata "Everyone knows about our prime ministers."  Tetapi terus beliau menyahut "Oh you see this is different, everyone know Tun Razak and his son Najib but i want to tell you about something that not most of people knows about your late prime minister Tun Abd Razak". Maka berceritalah Baba Hj. Abd Razak kakrail dengan episod karkuzarinya mengenai Tun Abd. Razak. Kami bersembang-sembang sambil bersandarkan bantal pada dinding biliknya.

Beliau bertaaruf sambil bercerita kepadaku, "I was at your very age that time when doing dawat.." ujar Baba. Aku pun zauk sangat ketika beliau berkata begitu(sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang).. beliau telah berbaiah di tangan Hadratji Maulana Yusuf  Khandlalawi rah. Dan antara awwalun dalam usaha ini. Pada sekitar awal 60an, hazratji Maulana Yusuf Khandlavi telah bentuk satu jemaah India (waktu tu Pakistan dan Bangladesh belum wujud lagi, masih di sebut India) yang khusus ke Malaysia, yang mana beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli jemaah tersebut.

Kata Baba lagi, ketika ke Malaysia, Baba Hj. Abd Razak kakrail dan jemaahnya menaiki kapal terbang. "In the plane, I sat next to your Tun Razak, and from there we became friend" ujar beliau. Beliau memuji sifat alharhum Tun Abd. Razak ketika itu kerana tidak seperti orang khawas yang lain, Tun Abd. Razak telah memilih untuk duduk bersama-sama dengan orang tempatan. "He sat down beside me and yet i noticed that he has the "ummati's sifat" " puji Baba mengenai Tun Abd. Razak.



"When we in Malaysia, our jamat 'tasykil'ed him to spend sometime with us, but he was very busy.. somehow he did give nusrat by lending us his personal car and a driver. Only by night time if he is not busy, then he will perform salah maghrib and isya together with us.." kata beliau. Ketika itu Tun Abd. Razak belum menjadi perdana menteri, tetapi menteri luar bandar ujarnya. Aku pun "impress" jugak dengan Baba ni akan ingatannya yang kuat dan juga masih mengetahui akan kedudukan Tun Abd. Razak ketika itu dalam bercerita.




"After months we have been in malaysia, so it was time to return back to India. before we leave your country, Tun Abd Razak wanted us to find one of his bestfriend during his studies in London, who resides in Dhaka. Tun Abd Razak was so concern about his friend, he did even write down the address and the contact number of his friend, and give it to us. He had a note for this fellow friend and want us to deliver it to him", cerita Baba.

Baba beritahu, selepas beberapa masa balik daripada tasykil Malaysia, maka datanglah satu jemaah Kuwait yang pertama kali dikatakan telah datang ke India untuk 4 bulan. Dalam jemaah Kuwait tersebut salah sorang daripada ahlinya merupakan ahli koperat. Maka dibawalah ahli koperat Kuwait tadi bersamanya untuk khususi kawan baik Tun Abd. Razak ini.

Baba bagitahu, "This Tun Abd Razak's fellow friend is extremely busy like Tun Razak too. And then we found out that this fellow was a very successful senior city planner, architect and also an engineer who works with the goverment at that time. With the given address, we managed to find his house. He lives in a very big house!"

Setelah susah payah dan memberitahu mengenai satu note daripada Tun Abd. Razak, maka Baba dan ahli koperat tadi berjaya mendapat satu "appointment" untuk perjumpaan pada waktu malam. Maka pada malam tu, lepas habis makan malam di rumah engineersab tersebut maka teruslah ahli koperat Kuwait tu bagi fikir pentingnya untuk usaha atas iman melalui perantaraan usaha agama Nabi s.a.w.

Baba pun bercerita; so the engineersab responed;  "How can i spend time for this? I cannot even take a minute to relax for myself. Im very busy with the work". The kuwaiti sati said to the engineersab " Just make an intention, for you wont lose anything if you give and declare your intention to Allah."

Engineersab replied; "Ok, i put intention.. i will go in path of Allah for iman and amal before i die."

"So several years later he entered Kakrail performing zohor salah and then he sat down in a bayan. At the end of the bayan tasykil were made. He wanted to leave the gatherings.. until the person who gave the bayan said - if you think iman and amal is important before you die, please stand up and go out in the path of Allah.. so Allah gave him ilham, then he remembered back the intention he made pledge infront of me and the kuwaiti sati. So right away after that he went out for 4 months!"

Baba bagitahu sewaktu itu engineersab dilanda kemurungan jiwa.. kekayaan melimpah dalam hidupannya namun hatinya sedih dan kosong. Namun dengan qudrat Allah, engineersab telah masuk ke dalam masjid Kakrail. Sejak daripada bayan tersebut telah mengubah hidupannya 180 darjah.



Perbualan antara aku dengan Baba yang tidak dapat ku lupakan ketika Baba beritahu;  "The development and extensions of Kakrail masjid was under his responsibilities. Allah accepted his struggles, Hadzratji rah appointed him as syura. Not only Bangladesh, he traveled more than 100s countries to spread islam and changed hundred thousands of them, spending whatever he has earned in his life just for dawat. He goes in the path of Allah for the rest of his life.. his whole family also changed into very devoted to islam and dawat ki mehnat. All of his children now hafizs and hafizahs, alims alimahs, zahids zahidahs. He made so much qurbani and now you see in annual Tonggi ijtima's the local old satis still remember his name untill now..."

Aku pun bertanya kepada Baba akan siapakah sebenarnya engineersab tersebut yang diceritakan oleh Baba?

"There are thousands of such examples, but they remain silent because they do it for Allah. So just let the name of engineersab remain unknown to you." senyum Baba.

"But above all, do you know why, what is the reason for me telling you all of this, and lessons can you get from this karkuzari?" Baba menyoal aku balik.

"Tell me baba" jawabku menyerah diri sambil mengerut kening..

Baba berkata (berbahasa inggeris); "Kalau kamu tahu hakikatnya, semua pahala pengorbanan yang dibuat oleh engineer sab itu, semuanya pulang kembali kepad Tun Abd. Razak kamu, kerana beliaulah asbab hidayah kepada engineersab itu. Ketika kami di Malaysia, Tun Abd. Razak telah buat pengorbanan dengan memberi nusrah kepada jemaah kami dan jelas Tun Abd. Razak telah risau ke atas engineersab. Tun Abd. Razak bukannya sahaja seorang yang kaya di dunia, bahkan di akhirat! Dalam usaha ini, kerisauan yang ada dalam hati kita dan pengorbanan dalam jalankan usaha agama adalah roh kepada jasad usaha Nabi s.a.w ini. Dengan kerisauan dan pengorbanan juga maka Allah turunkan hidayah."

Terbeliak mataku "SUBHANALLAH!, are you telling the truth? amazing! mean i cant believe that Tun Abd. Razak got a share in tablighi effort! such a beautiful struggles.."

Dan aku menyambung lagi dengan SOALAN: "Engineersab, that you are telling me about, might it be the late bhai Hj. Muqib sab? am i right?"

Baba tersenyum dan hanya mampu berkata, "May Allah grant us hidayat from lives of these people."


MasyaAllah, pertemuan aku dengan Baba Hj. Abd Razak kakrail memang khas daripada Allah, ditentukanNya kepadaku. Entah mengapa, tetapi yang pasti inilah bayan hidayah dan jazbah kerja yang "special" untukku sebelum keluar tasykil di sekitar Bhola, perjalanan 2 hari 1 malam dengan menaiki feri.

Inilah kisah "behind closed door tabligh".. biarpun agak bizzare untuk dicernakan oleh sesetengah pemahaman orang awam, tetapi selepas karkuzari Baba tersebut sehingga kini pun masih lagi dapatku rasakan jazbah dan faiznya daripada Baba biarpun hampir 5 tahun berlalu. Dengan jazbah inilah aku nukilkan di dalam blog ini untuk perkongsian bersama.. lebih-lebih lagi dengan teman-teman seusaha. Kisah ini mengingatkan aku seorang waliAllah, Hazrat Ibrahim Adham Balkhi, yang sanggup korbankan kemewahan dunia, hidup berzuhud untuk sukakan Allah. Hazrat Hj. Muqib sab juga telah korban segala dunianya untuk usaha agama dan memilih jalan yang sama. Jika anda orang lama pasti anda tahu kisah Haji Muqib, Karnal Amiruddin, Prof. Sanaullah, Miaji Mehrab, Miaji Musa dan banyak lagi orang-orang lama dalam usaha agama ini.. kebanyakan mereka telah kembali menemui Allah. Semoga semua mereka diredhai Allah.. alangkah baiknya jika Allah kekalkan jazbah ini kepadaku dalam amalan 2 1/2 jam.. semoga Allah pilih kita untuk jadi seperti mereka.

Semoga Allah berkati usaha Baba Haji Abd. Razak kakrail dan juga asbab sebagai qabulliat beliau dalam usaha agama. Endingnya YANG aku benar-benar PAHAM, actually last-last semua pahala diorang masuk dalam buku amal Baba jugak.. pasal Baba sambut takaza dan buat kerja!..

Lessons learnt - "May Allah grant us hidayat from lives of these people."




Nota: 'Baiat' yang  dimaksudkan di atas tidak lebih daripada berjanji setia kepada muslimin lainnya dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya.  Hanya dalam urusan infradi (orang perorangan secara khusus), berlaku dikalangan orang-orang yang rapat dengan eldest(0rang-orang lama) dalam usaha dakwah dan tidak dijadikan tertib umum dalam usaha agama.


Baca juga karguzari Ibnu Hatari berkenaan salah seorang jemaah 4 bulan dari Madras, India yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini di Kuching, Sarawak. - Ibnu Hatari/ Kematian yang Dicemburui





Menginginkan kebaikan untuk para pemimpin termasuk di antara tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan suci dari sifat khianat, dengki dan semua keburukan. Berkata Fudhoil bin 'Iyaadh: “Kalau seandainya aku memiliki sebuah doa yang mustajab (dikabulkan) maka aku akan mendoakan untuk kebaikan Imam (pemimpin) kerana baiknya imam merupakan kebaikan bagi negeri dan masyarakat.” (As-Siyar, 8/434)

Baca lagi..

16 May 2011

Karguzari Syaikh Shalih bin Aly Asy-Syuwaiman ke Ijtima' Raiwind, 1986.

Karguzari (laporan) ijtima' Raiwind daripada Syaikh Shalih bin Aly Asy-Syuwaiman kepada Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz melalui surat dengan berisi pujian, penafian keburukan dan tuduhan terhadap usaha dakwah dan tabligh berserta tasykil (ajakan). Surat ditulis pada tahun 1407H.




Catatan bersumber daripada terjemahan Indonesia buku Jilaaul Adzhan (Menyingkap Tabir Kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh) di bahagian ketiga; Kumpulan Surat-Surat Dari Para Pemimpin, Tokoh Ulama, dan Masyaikh yang Mendukung Jamaah Tabligh di Kerajaan Saudi Arabia susunan Syaikh Ghulam Musthafa Hasan. Di dalam bab ini juga turut melampirkan surat daripada Syaikh Maulana Muhammad Ilyas dan Syaikh Muhammad Ihtisyamul Hasan rahimahumAllah kepada yang mulia Raja Abdul Aziz 1, Aali Saud rahimahullah pada tahun 1357H.


Syaikh Shalih bin Aly Asy-Syuwaiman menyatakan di dalam surat tersebut;


"Bismillahirrahmanirrahim,

Yang mulia orang tua kami, Syaikh Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Ketua Umum Lembaga Riset Ilmiah, Fatwa, Da'wah, dan Bimbingan Islam, semoga Allah menjaganya dari segala keburukan dan memberikan taufiq dalam langkah-langkahnya. Amin.


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Liburan saya dimulia pada tanggal 1/3/1407H, dan saya telah melakukan perjalanan ke Pakistan pada tanggal 3/3/1407H bersama rombongan ulama dan mahasiswa dari berbagai Universitas, antara lain Universitas Islam, Universitas Imam Muhammad bin Saud, Universitas Raja Saud dan lain-lainnya. Kami benar-benar telah menyaksikan suatu keajaiban. Begitu kami sampai di Bandara Lahore, kami disambut oleh sekelompok pemuda shalih, yang memancarkan cahaya ilmu dan iman dari janggut-janggut dan wajah-wajah mereka. Kami menuju ke masjid bandara dan melaksanakan shalat sunnah. Kemudian, kami duduk berkumpul dengan rombongan yang berasal dari berbagai negeri. Maka, seorang di antara mereka menyampaikan kalimat-kalimat ajaib yang sangat mengesankan hati.

Kemudian, mobil datang mengangkut kami ke tempat pertemuan di Raiwind. Pertemuan yang indah, yang menyebabkan kekhusyukan hati dan berlinangnya air mata karena rasa gembira dan rasa takut kepada Allah. Pertemuan yang menyerupai pertemuan penduduk surga. Di dalamnya tidak ada kata-kata teriakan, tidak ada  perasaan lelah, tidak ada perkataan sia-sia, tidak ada kekacauan, dan tidak ada kebohongan. Juga sangat bersih, tidak ada bau busuk dan tidak ada kotoran. Pertemuan yang diatur dengan sangat tertibnya - tanpa polantas, tanpa polisi keamanan, tanpa patroli polisi dan tanpa penjaga. Padahal, pertemuan ini meliputi satu juta orang lebih.

Demi Allah, inilah pertemuan yang menghidupkan hati, menyinarkan dan meningkatkan iman - sebuah kehidupan alami dan fitrah yang diliputi oleh dzikrullah, ilmu, ceramah umum, pelajaran (majelis ta'lim) dan halaqah dzikir siang dan malam.

Alangkah elok dan alangkah indahnya karena ia memberikan kepada kita gambaran yang hidup tentang kehidupan para sahabat, tabi'in dan tabiit-tabi'in r.a, yakni gambaran tentang perjuangan, ilmu dan dzikir, kata-kata yang baik, perbuatan-perbuatan yang baik, gerakan-gerakan Islami yang indah dan wajah-wajah yang memancarkan cahaya iman dan ilmu.

Anda tidak akan mendengarkan kecuali kata-kata Tauhid dan dzikir, tasbih, tahmid, takbir, membaca Al-Qur'an, salam, jawaban salam, ucapan jazakallahu khairan dan sebagainya.

Anda tidak memandang kecuali yang menyenangkan Anda dan menyemangatkan hati Anda berupa kegiatan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan segar - untuk Anda nikmati setiap saat. Sungguh, ini merupakan pertemuan Islami yang agung, indah dan manis.

Secara umum, ia merupakan praktek penerapan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Betapa sunnah menimbulkan kehidupan yang baik dan membahagiakan, dan betapa saya sangat mendambakan pertemuan seperti ini dapat dilaksanakan di negeri Saudi Arabia. Sebab, negeri ini sangat pantas bagi setiap kebaikan dan selalu melebihi negeri-negeri lain dalam setiap kebaikan semenjak masa kerajaan Raja Abdul Aziz - semoga Allah mengampuninya dan menyucikan ruhnya di jannatun-na'im dan mengumpulkan kia semua di Surga Firdaus.

Pribadi-pribadi Jamaah ini berasal dari seluruh pelosok dunia. Mereka memiliki satu bentuk, satu tabiat, satu kata dan satu tujuan. Seakan-akan mereka keturunan dari satu orang atau seakan-akan Allah s.w.t menciptakan satu hati dan membagi-bagikannya kepada mereka.

Mereka tidak mempunyai ambisi dan cita-cita selain ingin berpegang teguh pada agama dan mengadakan perbaikan terhadap pemuda-pemudi muslim dan membimbing non-muslim kepada jalan Allah yang terpuji. Bagaimanakah orang-orang yang bingung berani menyerang orang-orang yang shalih ini?

Syaikh Abdul Majid Az-Zindany mengatakan tentang mereka, "Mereka adalah penduduk langit yang berjalan di atas bumi."

Betapa lancangnya hati yang berani memaki mereka dan menuduh mereka dengan hal-hal yang tidak ada pada diri mereka.

Saya memperkirakan, tujuan jemaah ini sama dengan tujuan Pemerintah Saudi Arabia, yiaitu membuat perbaikan terhadap manusia di seluruh dunia, menyebarkan perasaan aman dan keamanan di seluruh pelosok negeri. Dari sudut manakah mereka dapat diserang?

Setelah ceramah selesai waktu Isya', apabila Anda mengarahkan pandangan Anda ke kanan dan ke kiri, Anda akan melihat halaqah-halaqah ilmiah yang dapat Anda ikuti, mana saja yang Anda suka. Di halaqah mana saja Anda duduk, Anda pasti akan mendapat pelajaran.

Apabila keadaan sudah sepi; saat menjelang tidur, Anda pasti melihat mereka tegak seperti tiang. Mereka mengerjakan shalat sebelum tidur. Pada akhir malam, Anda pasti mendengar suara mereka seperti suara sarang lebah karena menangis, merintih dan merengek-rengek kepada Allah agar mengampuni dosa-dosa mereka dan dosa-dosa kaum muslimin, menyelamatkan mereka dan saudara-saudara sesama muslim dari neraka dan memberikan hidayah kepada seluruh manusia agar mampu menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Ringkasnya, sesungguhnya pertemuan ini sangat pantas dihadiri para ulama dan penuntut ilmu. Bahkan, oleh setiap muslim yang takut kepada Allah dan mengharapkan kebahagiaan di kampung akhirat. Semoga Allah memberi balasan yang baik kepada pelaksananya, meneguhkan mereka dan menjadikan (usaha) mereka bermanfaat untuk kaum muslimin. Sesungguhnya, Ia Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa.

Adapun yang menangani semuanya adalah para hafizh Al-Qur'an. Penumbuk gandum menumbuk dengan basmallah, tasbih, tahmid dan takbir. Pembakar roti bekerja dengan basmalah, tasbih, tahmid dan takbir. Kami telah menyaksikan dan mendengarkan mereka tanpa mereka sadari. Maha Suci Allah yang telah membuka pandangan mereka, memberikan taufiq kepada mereka untuk senantiasa berdzikir kepada-Nya dan menunjukkan kepada mereka jalan yang benar - yang dicita-citakan oleh setiap muslim.

Pada hakikatnya Syaikh yang mulia, siapa saja menyertai mereka pasti akan menjadi da'i ilallah melalui latihan dan lamanya persahabatan. Alangkah baiknya seandainya saya mengenal mereka semenjak saya masih mahasiswa di Universitas dulu, pasti hari ini saya sudah menjadi 'allamah dalam da'wah dan seluruh ilmu.

Demi Allah, inilah yang saya pertaruhkan kepada-Nya. Dan Ia Yang Maha Berkuasa pasti akan meminta pertanggungjawaban saya terhadap hal inipada hari ketika harta maupun keturunan tidak berguna dan tidak seorang pun yang dapat menolong orang lain.

Alangkah baiknya seandainya para da'i di bawah lembaga Syaikh yang penuh berkah ini berpartisipasi dalam pertemuan ini dan keluar bersama Jamaah untuk belajar keikhlasan, sistem da'wah, akhlak para sahabat, tabi'in dan tabiit-tabi'in. Semoga Allah meridhai mereka semuanya.

Sebagai penutup, saya berdoa kepada Allah agar menunjukkan bahwa yang haq adalah haq dan memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikutinya. Semoga Ia mengilhamkan kepada kita kebaikan urusan kita; memberikan keikhlasan dan ketetapan kepada kita; melindungi kita dari keburukan diri, hawa nafsu, syaitan; menolong agama-Nya, meninggikan kalimah-Nya, memuliakan pemerintahan kita dengan Islam dan memuliakan Islam dengan pemerintahan kita. Sesungguhnya Dialah Pemilik dan Penguasa segala urusan.

Shalawat dan salam semoga tetap dilimpahkan ke atas Nabi kita, Muhammmad s.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Ditulis oleh ananda murid Syaikh Shalih bin Aly Asy-Syuwaiman.
Perwakilan Da'wah dan Bimbingan Islam di Unaizah.



Nota: Ebook ini boleh dimuat turun di 4shared dalam format PDF atau JPEG (zip).


Suasana ijtima'..


Baca lagi..

Karguzari Jemaah Ulama' 1 Tahun ke Nizamuddin

Karguzari jemaah ulama' Malaysia yang bersafar, khuruj fisabilillah setahun ke IPB (India Bangladesh dan Pakistan) di awal tahun 2003. Turut dimuatkan dalam karguzari ini, beberapa karguzari jemaah ulama dari negara lain dengan tasykil setahun serta karguzari usaha da'wah di Israel.



Catatan karguzari;


Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi mengekalkan kenikmatan iman dan islam di dalam kehidupan kita, semoga Allah mengekalkannya sehingga akhir hayat dan memelihara hubungan kita semua.

Tashkil kami selama setahun telah bermula daripada tarikh 1/2/03. Kami terdiri daripada lima orang; Ustaz Lokman Shazly dari Petaling Jaya, Ustaz Johari dari Jerantut, Ustaz Azmi dari Kuala Terengganu, Ustaz Azman@Abdul Fattah dari Muar dan Ustaz Mohammad Idrus dari Kota Bharu. Seorang lagi Ustaz Mohammad Hafiz tetapi lewat seminggu (kami belum lagi bertemu dengannya kerana berada di dalam tashkil jemaah yang lain dan mungkin esok beliau akan sampai ke Nizamuddin).

Sambil menanti urusan visa dan tiket selesai, kami telah bermalam dan berkhidmat di Masjid Jamek Sri Petaling, seorang daripada kami telah mendapat mimpi yang baik. Beliau telah melihat di dalam mimpinya bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW sedang memberi khutbah di atas pangkin mimbar Masjid Jamek Sri Petaling. Baginda memandang ke kiri dan ke kanan melihat ahli jemaah yang berseri-seri dengan pakaian sunnah berjubah dan berserban sambil memandang mereka dengan penuh senyuman dan keredhaan. Dengan petanda mimpi yang baik ini, kami harap moga Allah SWT menerima kami yang berangkat di dalam safar setahun dan juga moga Allah SWT menerima mereka semua yang melibatkan diri di dalam usaha Baginda SAW serta mereka yang membantu mereka… Amin.

Pada 10.30 pagi 16/2/03, kami telah selamat sampai ke Dhaka dan ditempatkan di hotel. Transit selama 2 hari sebelum meneruskan penerbangan ke Delhi. Di Dhaka, kami sentiasa menghadirkan diri di Markas Tabligh di Masjid Kakrei. Cuaca masih sejuk. Di Masjid Kakrei kami dapat hadir di majlis laporan jemaah/karkuzari, bayan dan kami dan kami dapat menziarahi orang tua kita, Maulana Azizul Maqsud dan kemudiannya kami diberi nashat di dalam bahasa arab oleh Tuan Mufti Abdullah.

Dua hari di Dhaka, maka kami telah berangkat ke Delhi. Alhamdulillah perjalanan baik dan selamat sampai ke markas tabligh dunia, Masjid Bangawali, Nizamuddin Aulia. Tiga hari kami bermalam di sini sambil menghadiri program harian yang amat bermakna. Kami menduduki bayan-bayan dalam bahasa arab. Para mashaikh seperti Maulana Zubair, Sheikh Saad, Sheikh Ahmad Lat masih belum pulang dari menunaikan haji.

Di Nizamuddin, kami dapat bertemu dengan ramai rakan-rakan dari serata dunia, dari  Afrika Selatan terdapat 48 Ulama’ yang sedang menyertai tashkil 1 tahun dan dari England sebanyak 12 orang. Pada awalnya kami terasa agak berbangga setelah berjaya mengumpulkan ulama’ dari Malaysia tetapi melihat jumlah mereka yang jauh lebih lebih banyak, kami terasa masih banyak kekurangan yang perlu diatasi dan masih banyak lagi usaha ke atas ulama’ Malaysia perlu di buat dengan bersungguh-sungguh. Mengapa tidak, Malaysia adalah negara islam yang rasmi sementara di Afrika Selatan umat islam hanyalah berjumlah 2% dan England pun mempunyai kadar begitu juga tetapi dalam pada itu mereka masih dapat menerbitkan bilangan ulama’ yang ramai untuk keluar di jalan Allah selama setahun.

Kami juga sempat bertemu dan berbual dengan saudara arab dari Israel yang juga baru tiba. Persoalan yang timbul dalam hati kami, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh boleh berlangsung di dalam negara Israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang arab di Palestin diancam dan diseksa teruk oleh orang Israel sementara di Palestin terdapat 5 markas. Katanya orang Yahudi adalah pakar di dalam soal kitab asmawi termasuk Al-Quran dan Ahadis Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha Agama yang mana mandapat bantuan Allah SWT yang ghaib dan yang tidak memperolehinya. Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu orang-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibanteras dan diseksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu.

Ketika kami di Malaysia, Ustaz Johari telah menghantar jemaah arab dari Emiriah pulang ke KLIA, salah seorang dari mereka telah memberitahu bahawa dia pernah keluar jemaah bersama seorang arab muslim dari Israel dan dia telah menceritakan kisah bagaimana usaha dakwah di Israel telah terpaksa dibenarkan secara terbuka.

Suatu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentera yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menujukan senapang mesin mereka ke arah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah dipetik. Apabila dihalakan ke atas dan ke arah lain, peluru boleh keluar dan sebaliknya, apabila dihalakan ke arah jemaah peluru tidak akan keluar. Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan Israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.

Kemudian kami telah bergabung dengan 6 orang Ulama’ dari Afrika Selatan untuk keluar 20 hari di Mawana satu kawasan pedalaman 3 jam perjalanan dari Delhi. Jemaah kami dipimpin oleh satu orang A’lim lepasan Deoband yang sudah menjangkau umur 60-an. Beliau telah mula melibatkan diri di dalam usaha Dakwah dan Tabligh semenjak 1961 di zaman Maulana Yusuf rah.alaih.


Karguzari bersumber daripada blog Azharmanjoi.



Nota: Tasykil setahun keluar di jalan Allah hanya dikhususkan untuk jemaah ulama' sahaja. Jemaah Ulama terdiri dari mufti, kiyai, maulana, ustaz dan setaraf dengannya adalah salah satu bahagian yang sangat penting dalam usaha da'wah dan tabligh. Kita telah melihat usaha yang sama dilakukan di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, usaha lebih cepat membangun asbab lebih ramai ulama' mengambil bahagian dalam kerja-kerja da'wah dan tabligh; dan tentunya dengan limpah rahim dan kehendak Allah SWT.


Wallahu a'lam.
Baca lagi..

25 March 2011

Kamus / Beberapa Istilah Dalam Usaha Dakwah dan Tabligh

Beberapa istilah yang terdapat di dalam usaha dakwah dan tabligh.  Sumber nukilan oleh Ustaz Muhammad Qosim At-Timori di buku bersaiz poket, 'Panduan Khuruj Fi Sabilillah' dalam bahasa Indonesia daripada tajuk asalnya Lampiran: Kamus beberapa Istilah dalam Jamaah Tabligh.



Beberapa istilah ini untuk memudahkan rangka kerja usaha dakwah kerana aktivis daripada pelbagai latar belakang yang berlainan terutamanya negara dan bahasa yang berbeza. Seseorang tidak pernah diwajibkan untuk mengingati istilah-istilah ini, sebaliknya akan mudah difahami dan diingati sesuai dengan masa dan pengalaman bersama jemaah. Alim ulama juga menasihatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah ini di khalayak umum sebaliknya menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti 'bayan' disebut sebagai 'perbincangan/ muzakarah iman dan amal', 'karkun' kepada 'rakan seusaha', 'rahaba' kepada 'penunjuk jalan'.



Istilah yang dinyatakan;

Amir:  Pimpinan yang diangkat untuk suatu tempat. Juga pimpinan yang diangkat untuk suatu jamaah keluar di jalan Allah. Tugas Amir adalah berkhidmat kepada jamaah, bukan sebagai diktator.

Bayan: Mejelis Penerangan untuk menerangkan maksud dan tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya berkisar untuk membicarakan enam sifat utama yang perlu diusahakan. (a) Keyakinan kepada kekuasaan Allah Swt dan keyakinan yang teguh kepada sunnah Rasulullah Saw. sebagai sumber kejayaan yang hakiki. Inilah anjuran dari kalimah Tayyibah: Laailaaha illallah Muhammadur rasulullah. (b) Memperbaiki shalat supaya menjadi shalat yang ampuh untuk mendapatkan pertolongan Allah. Shalat diusahakan supaya mirip dengan shalatnya Rasulullah Saw. (c) Ilmu dan dzikir, keduanya saling berkaitan. Sebagai alat untuk mengingat Allah dan mendekati Allah. (d) Ikramul Muslimin, yaitu menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam. (e) Memperbaiki niat (tasyhih niat), yaitu menjaga niatnya semata-mata karena Allah,bukan untuk tujuan lain. (f) Dakwah dan tabligh yaitu: Suatu usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan pentingnya usaha dakwah dan tabligh di kalangan umat yang menjadi teras umat yang terbaik. Di akhir bayan dilakukan tasykil untuk mengajak orang banyak agar dapat meluangkan waktunya untuk keluar di jalan Allah.

Bayan Hidayah: Bayan untuk menerangkan ushul-ushul tabligh di jalan Allah. Kerangka kerja luar di jalan Allah. (*nasihat-nasihat terhadap jemaah yang telah dibentuk sebelum berangkat khuruj, perkara terpenting ialah mengikuti tertib-tertib yang telah diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh).

Bayan Wafsi: Bayan untuk mereka yang baru pulang dari keluar di jalan Allah. Kerangka kerja tempatan juga diterangkan kepada mereka. (*nasihat-nasihat yang diberikan setelah jemaah kembali dari khuruj, perkara yang terpenting ialah menjalankan kerja-kerja dakwah di tempat sendiri. Disebut juga sebagai bayan tangguh. Ada juga menyatakan istilah yang sepatutnya adalah bayan hidayah amal maqami.)

Buzruq: Orang alim atau ulama serta orang-orang yang telah lama mengikuti usaha tabligh serta mempunyai kepahaman cukup luas di bidang usaha tabligh.

Cillah: Satu jangka waktu (sekitar 40 hari) yang dijalani oleh ahli-ahli tabligh (karkun) untuk berusaha memperbaiki diri dari segi iman, amal, akhlak dan lain-lain. Untuk hal ini, para ahli tabligh hendaknya menyempurnakan cillahnya sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun. Dan paling sedikit meluangkan waktunya 3 cillah (4 bulan) seumur hidup. (*tahapan cillah senantiasa meningkat, sekarang dikehendaki memenuhi 3 cillah setiap tahun.)

Dzihin: Membentuk pikir supaya senantiasa risau dengan keadaan agama. Juga membentuk pikir supaya senantiasa berghairah untuk berusaha ke arah iman dan pikir umat.

Ghast: Ziarah dari rumah ke rumah atas maksud iman. (Jaulah) usaha yang mirip dengan yang dilakukan Rasulullah Saw. ketika pergi berjumpai setiap orang di Makkah. (*disebut juga sebagai dakwah umumi. Ghast ini dilakukan sebelum maghrib atau selepas solat maghrib dengan dimulai muzakarah adab ziarah. Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program mingguan semasa berada di tempat tinggal atau maqami. Sekurang-kurangnya 45 minit masa yang dikehendaki.)

Hadhatji/ Hadratji: Amir bagi seluruh dakwah tabligh di seluruh dunia.

Halaqah: Dalam setiap markas, dibagi menjadi beberapa kawasan yang disebut halaqah. Halaqah terdiri dari beberapa sub halaqah dan sub halaqah dibagi lagi menjadi mohalla-mohalla. (*turutan kurang lebih Markas dunia (Nizamuddin) > Markas Negara > Sub Markas (markas-markas dalam negara) > Halaqah > Sub Halaqah > Mohalla (masjid/ surau di kampung atau taman perumahan.)

I'tikaf: Bermalam atau duduk di masjid dalam jangka waktu tertentu sambil melakukan beberapa amalan masjid.

Ijtima: Satu perhimpunan tahunan yang diadakan untuk menghimpun orang banyak untuk keluar di jalan Allah. ( *Perhimpunan usaha dakwah dan tabligh di satu-satu negara sama ada akan dibuat setiap tahun, dua tahun atau tiada penetapan tertentu berpandukan mesyuarat dunia di Nizamuddin.)

Ijtima'i: Usaha secara bersama-sama. (*aktiviti/ amalan yang dilakukan secara berjemaah seperti ghast, taklim, bayan, muzakarah; amalan ijtima'i ini diutamakan daripada amalan yang dilakukan secara bersendirian.)

Ikhtilat dan tafakud: Memilih dan mempertemukan mereka yang layak untuk dibentuk ke dalam jamaah yang akan keluar di jalan Allah.

Ikram: Memuliakan.

Infiradi: Usaha secara perorangan. (*aktiviti/ amalan individu seperti berzikir, solat sunat, rehat dan lain-lain. Apabila waktu bersamaan dengan amalan ijtima'i, dinasihatkan bersegera meninggalkan apa jua aktiviti/ amalan infiradi)

Intizam: Pekerjaan pengurusan, pengendalian dan pengelolaan untuk menyelenggarakan perhimpunan (jord, ijtima' dan sebagainya.)

Islah: Memperbaiki diri dalam usaha jamaah tabligh. Program-program tertentu dibuat untuk pengislahan melalui usaha dakwah, ta'lim, ibadah dan dzikir serta khidmat.

Israf: Berlebihan.

Istiqbal: Penyambutan tamu yang menyambut tamu-tamu yang datang untuk menghadiri majelis perhimpunan atau majelis bayan dan sebagainya. (*dalam perhimpunan besar seperti ijtima', akan dibentuk jemaah istiqbal dan disediakan ruangan khusus dan merupakan bahagian terpenting dalam kerja pendataan ijtima'. Selain itu, di tiap markas negara juga ada jemaah khusus istiqbal bertujuan pendataan jemaah yang keluar masuk ke markas.)

Jamaah: Sekelompok orang yang memiliki pikir yang sama dan maksud serta usaha yang sama pula.

Jaulah: Berkeliling menjumpai manusia untuk mengajak taat kepada Allah. (*sinonim ghast, ziarah)

Jazbah: Semangat atau keghairahan dan perasaan cinta seseorang terhadap usaha agama dan yang berkaitan dengan itu.

Jord: Perhimpunan untuk mendapatkan nasehat serta memperbaharui tekat untuk azam, juga untuk mempererat hubungan antara ahli. Jamaah-jamaah juga dibentuk di sini untuk dikirim ke seluruh dunia. (*perhimpunan yang diadakan lebih kecil berbanding dengan ijtima', sama ada peringkat markas, negeri atau wilayah.)

Josh: Perasaan berkobar-kobar yang luar biasa yang kadang-kadang melewati batas kewajaran karena terlalu suka atau terlalu marah.

Kalamullah: Firman Allah.

Karkun: Rekan-rekan satu usaha dalam dakwah dan tabligh. (* di Indo-Pak disebut sebagai 'saathi' manakala di Yaman, 'shahibuddakwah'. Ulama dakwah & tabligh tidak pernah menganjurkan istilah ini kerana kekhuatiran sifat ekslusif, kerja dakwah bukan untuk selain karkun atau menimbulkan semangat assobiyyah.)

Khadim: Orang yang bertugas melayani.

Khidmat: Pelayanan atau melayani.

Khuruj Fi Sabilillah: Keluar ke jalan Allah, yaitu keluar dari tempat kediaman bergerak di jalan Allah dari satu tempat ke tempat lain, dari satu masjid ke masjid lain di seluruh dunia untuk menjalin silaturahmi dan berdakwah atau tabligh.

Korban: Maksudnya adalah mengorbankan waktu, harta dan tenaga. Tanpa pengorbanan itu, usaha jemaah tidak akan tercapai.

Mahabbah: Kecintaan.

Maqami: Kerja dakwah di tempat sendiri.

Markas atau Subguzari: Tempat perhimpunan atau tempat pertemuan untuk menyelaraskan kerja-kerja dakwah dan tabligh, membentuk jamaah serta mengeluarkan jamaah di jalan Allah. Juga bermalam di setiap pekan (minggu) yang dikenal sebagai malam Subguzari.

Mohalla: Tempat tinggal para aktivis tabligh di tempat medan usahanya di tengah-tengah masyarakat setempat. Di sinilah dihidupkan ghast atau usaha dakwah tempatan.

Mu'amalah: Hubungan yang berkaitan dengan transaksi atau perniagaan.

Mua'syarah: Hubungan dalam pergaulan sosial.

Mudzakarah: Saling mengingatkan.

Mujahadah: Bekerja keras melawan kehendak hawa nafsu yang rendah serta tabah menghadapi berbagai ujian baik lahiriah maupun batiniah atau perasaan.

Musaffah: Berjabat tangan atau salam. Biasanya dalam jamaah, musaffah dilakukan dengan orang lama atau alim ulama sebelum jamaah keluar di jalan Allah.

Mutakallim: Juru bicara, yakni orang yang ditugaskan untuk berbicara ketika berjumpa dengan orang-orang yang ditemui pada waktu membuat ghast (jaulah).

Purdah: Sejenis kain yang menutupi wajah wanita.

Rahaba: Petunjuk jalan yang akan mempertemukan orang yang akan dijumpai dengan mutakallim.

Routes: Tempat atau rangkaian tempat yang akan dikunjungi jamaah dalam usahanya. (*contohnya, Jemaah jalan kaki akan keluar selama 2 bulan di Kelantan dan Terengganu. Jemaah 4 bulan negara jauh akan ke Germany.)

Ta'lim: Mengajar atau mempelajari.

Takazah: Kehendak, keperluan dan tuntutan yang dibentangkan untuk disambut dan dipenuhi karkun-karkun tabligh dalam usaha agama. (*Takazah akan dibentangkan di dalam mesyuarat yang diadakan sama ada dalam peringkat markas, halaqah atau di mohalla-mohalla tempatan (masjid/ surau). Contohnya, i) Jord pelajar akan diadakan, setiap halaqah diberi tugasan untuk menyediakan sama ada khidmat minuman, makanan dan pembersihan. ii) Target ijtima' mengeluarkan 700 jemaah 4 bulan, maka di setiap markas, tasykil 4 bulan sebanyak-banyaknya perlu dibuat sebelum ijtima'. iii) 7 jemaah dari Arab akan tiba pada bulan hadapan, takazahnya adalah menyediakan beberapa ustaz/ pelajar untuk menyertai jemaah ini sebagai penterjemah bahasa Arab, maka di setiap mohalla dan halaqah akan melakukan tasykil.)

Taqrir: Pembicaraan mengenai iman dan amal saleh untuk lebih menguatkan dan menumbuhkan semangat, juga menghadirkan hati dan pikiran sehingga dapat ditasykil untuk keluar di jalan Allah. Biasanya dilakukan di masjid ketika rombongan jaulah sedang berkeliling ke rumah-rumah. Atau pada hari (malam) Ijtima' markas yang dilakukan pada sore (petang) hari.

Targhib: Memberi perkataan (ucapan) kepada orang lain/ dorongan untuk membangkitkan rasa suka.

Tarhib: Kata-kata untuk memperingatkan diri sendiri.

Tasykil: Usaha membujuk atau mengajak orang banyak dengan memberikan ajakan-ajakan dan keterangan-keterangan agar dapat meluangkan waktu di jalan Allah.

Tawajjuh: Memusatkan perhatian kepada sesuatu.

Tilawah: Membaca. Biasanya digunakan sebagai istilah dalam membaca Al- Quran.

Ushul-Ushul: (atau adab dan usul); Tata tertib; Tertib-tertib jama'ah yang perlu diperhatikan ketika sedang menjalankan usaha tabligh. (*boleh lihat di Tertib: Usul Dakwah dan Tabligh.)

Zon: Pembahagian kawasan menurut rangka usaha tabligh. Kawasan-kawasan ini tidak dibatasi oleh zon politik.

Zumidar/ Zumindar: Orang yang bertanggungjawab dalam suatu tugas dalam rangka usaha jama'ah ketika amir tidak ada.



Tambahan (senarai tidak dinyatakan dalam buku tersebut):


Bairuni atau Intiqoli: Merujuk kepada keluar di jalan Allah. Contoh, usaha maqami (tempatan) dan usaha bairuni (luar).

Bayan Ta'ruf: Majlis penerangan untuk memperkenalkan jemaah setelah tiba di tempat tujuan. Lazimnya dilkukan setelah melakukan solat fardhu zuhur.

Bayan Subuh: Penerangan berkenaan 6 perkara atau sifat utama yang ada pada sahabat Rasulullah Saw.

Bayan Asar: Penerangan mengenai kepentingan dakwah. Bertujuan targhib dan menyediakan jemaah masjid/ surau untuk melakukan ghast (jaulah). 

Bayan Maghrib: Penerangan berkisar dalam 6 perkara dan bertujuan mengajak jemaah masjid/ surau meluangkan waktu untuk khuruj di jalan Allah.

Bazaar: Kedai atau gerai perniagaan yang ada di sekitar markaz.

Chai/ Garam Chai: Minuman teh susu (pekat), ditambah dengan sedikit garam. 

DTI: Singkatan kepada dakwah, taklim dan istiqbal. Usaha ziarah dilakukan seperti ghast (jaulah), tiada majlis penerangan/ bayan. 

Faisala: Pembuat keputusan dalam mesyuarat halaqah atau markaz. 

IPB: Singkatan kepada India, Bangladesh dan Pakistan. Aktivis diisyaratkan untuk khuruj ke negara ini terlebih dahulu sebelum ke negara-negara lain bertujuan mendengar nasihat-nasihat alim ulama dan mempelajari cara kerja usaha dakwah dan tabligh mengikut tertib yang betul. 

Karguzari: Laporan atau natijah/ hasil usaha dakwah tabligh yang telah dilakukan. Akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan sama ada di peringkat markas, halaqah atau mohalla.

Khususi: Usaha ziarah yang dilakukan terhadap golongan-golongan tertentu. Contohnya; ziarah kepada penanggungjawab masjid/ surau, ustaz atau alim ulama, karkun/ rakan seusaha yang 'berehat' dan sebagainya. 

Malfuzat: Kata-kata atau ucapan. Kumpulan malfuzat-malfuzat Maulana Ilyas rah.a yang dinukilkan oleh Maulana Manzoor Numani, baca atau muat turun di Malfoozaat - Discourses Of Maulana Ilyas Rah.a (Eng) 

Masturoh/ Masturat: Wanita. Wanita juga khuruj di jalan Allah bersama-sama dengan mahramnya yang dipanggil jemaah Masturat. Ada program khusus seperti bayan dan taklim masturat mingguan. Maklumat program, usaha atau tertib masturat boleh mencarinya melalui laman-laman bermanfaat di internet. 

Masyaikh atau Eldest: Alim ulama atau orang lama/awwalin dalam usaha dakwah. 

Mesyuwarah/ Mesyuarat: Perbincangan untuk mencapai kata putus dalam rangka kerja penyelarasan dan agihan tugasan usaha dakwah. Lazimnya dimulai dengan dzihin/ targhib dan penerangan adab-adab mesyuarat. Karguzari dan takazah merupakan perkara penting dalam mesyuarat. Mesyuarat dilakukan di pelbagai peringkat; mesyuarat harian di setiap mohalla, mesyuarat mingguan untuk setiap halaqoh dan markas serta mesyuarat bulanan di setiap markas.

Mutarjim: Penterjemah bahasa. 

Muzakkir atau Zakirin: Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk berzikir dan berdoa memohon pertolongan dan hidayah Allah di dalam program ghast (jaulah). 

Nisob/ nisab:  Jangka masa khuruj Fi Sabilillah yang perlu dipenuhi oleh aktivis iaitu 3 hari atau 10 hari setiap bulan dan 40 hari atau 4 bulan setiap tahun. Tahapan nisab ini senantiasa meningkat bersesuaian kemajuan usaha. Apa yang dikehendaki, aktivis bersedia keluar khuruj pada bila-bila masa dan keadaan mengikut takazah.

Nusrah/ Nusroh: Bantuan atau kerjasama.

Syura/ Syuro: Penanggungjawab di satu-satu markaz. Beberapa syura akan dilantik bagi setiap markaz.

Ta'am / To'am: Makanan. Khidmat ta'am merujuk kepada khidmat menyediakan makanan kepada jemaah.

Tamsil/ Tamthil: Perumpamaan; analogi; perbandingan.


Beberapa panggilan jemaah: Jemaah Pelajar, Jemaah Ulama, Jemaah Santri, Jemaah Khawas (orang-orang kaya atau berpangkat), Jemaah Hafiz, Jemaah Jalan Kaki, Jemaah Masturat (wanita/ pasangan mahram), Jemaah Cikgu (atau profesion kerja), Jemaah Awam (orang awam), Jemaah Foreign/ Afrika (atau nama-nama tempat/ negara), Jemaah 4 bulan (atau tempoh-tempoh khuruj), Jemaah Runcit (ahli-ahli jemaah berlatar belakang negara/ tempat/ bahasa yang berbeza-beza).

 
Ada penambahan atau pembetulan pada * dan ruangan tambahan? bermuzakarah..
Baca lagi..

25 February 2011

Karguzari - Husnul Khatimah, Jenazah tidak Reput

Karguzari (laporan) ini seperti yang diceritakan oleh Hj.Musa. Jenazah da'ie Allah ini adalah salah satu daripada jenazah-jenazah yang telah dipindahkan setelah mendapat kebenaran daripada tuan mufti atas permintaan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha pembinaan landasan keretapi laju Utara-Kuala Lumpur. (Gambar hiasan).



Hj.Musa menceritakan;


❝ Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemuliaan orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun di depan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid di dunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan, kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun di depan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun sudah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.


Inilah kisah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama. Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kisah benar yang berlaku pada bulan Jun, 2010 yang lepas.


Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampasan yang berpatutan oleh kerajaan yang dipeesetujui bersama. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai atau tasik, maka akan dibinakan jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi sebaliknya akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong. Pendek kata, apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya, ia tidak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga, apa sahaja halangan datang.. jangan elak diri tapi terus maju macam k/api). Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan tanah perkuburan. Kubur ini akan dipindahkan ke tempat yang baru. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan. Mufti mengarahkan untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan dipindahkan. Seluruh kawasan di kelilingi dengan pembatas dan dikawal oleh anggota polis. Hanya orang berkenaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.


Tersebut kisah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipindahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang terdekat dan dia telah memohon kepada mufti supaya warisnya diganti dengan sahabat baik suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat suaminya ini memang baik dengan allahyarham semasa dia sihat atau sakit dan bila meninggal dunia, dialah juga yang mengurus jenazah suaminya. Mendengar rayuan ini, mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, allahyarham dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.

Beginilah ceritanya, setelah kubur dikorek, alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila melihat kain kafan yang menutup allahyarham masih elok, tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazahnya, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baru dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan, tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum. Selepas peristiwa ini, sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut.

Berbalik kepada kisah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya: “Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sihat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”


Allahyarham dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan. Allahyarham di jabatan atau pejabatnya memanglah seorang yang dikenali di semua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya. Dia peramah, suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang. Tetapi masa itu allahyarham masih tidak menumpukan kepada amal-amal agama. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula mengikuti dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali. Dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat nasuha. Semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin, inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang diredhai oleh Allah swt. Kemudian dia mengambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari walau pun dalam keadaan isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar khuruj berdakwah. Selepas beberapa tahun berikutnya, dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh.

Setelah pulang dari khuruj 4 bulan, allahyarham telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya dengan alasan yang tidak munasabah. Tetapi allahyarham redha dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk membela diri. Allahyarham mencari rezeki, memelihara anak dan isterinya dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan, berniaga air minuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Usaha dakwah tidak ditinggalkanya, terus aktif membuat usaha di kampungnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehinggalah satu masa ketika allahyarham dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina. “Hai awak sudah jadi ustaz kah sekarang?” Dengan penuh kegembiraaan, allahyarham menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu. Mereka saling bertanya khabar dan setelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah kepada allahyarham. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya, tetapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu jugalah kawan cina ini menghulurkan kepadanya duit sebanyak RM2000. Diringkaskan cerita, kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh allahyarham.Beliau telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerja/ jawatannya pula disambungkan semula. Dengan wang tersebut, allahyarham telah mendaftar untuk mengerjakan fardhu haji bersama isterinya. Selang beberapa lama, Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga.

Kita merancang, Allah juga yang menentukan semuanya dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya. Sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah, allayarham telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada allahyarham dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin, amiin.

Kita yang hidup ini, masih belum tahu nasib kita bagaimana. Adakah akhir kalam kita dalam keadaan husnul khotimah? Oleh itu, marilah kita terus berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita mengikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh Nabi saw. ❞


Karguzari bersumber daripada Hj.Musa di caponenkolakedah.blogspot.com. Semoga kita dapat mengambil iktibar. Wallahu a'lam.
Baca lagi..

10 February 2011

Karguzari: Asbab ikram/ adab makan, Allah beri hidayah

Karguzari(laporan) seorang rakan seusaha di Ireland, Bro A, memeluk Islam setelah makan sepinggan dan disuapkan makanan kepadanya. Bro A pernah berkhidmat dengan tentera Israel dan ayahnya merupakan seorang missionaris Kristian. Karguzari ini disampaikan oleh Amirhailmi setelah keluar khuruj bersama dengannya baru-baru ini di Tullamore, bandar Ireland. Diselitkan, karguzari ringkas.



Catatan santai Amirhulaimi;


"Amer sab stop kereta kat tesco dan minta ambo (saya) dan seorang Bro ni untuk beli makanan untuk makan pagi esok kat tempat tasykil. Masa tengah beli barang, ambo terpandang tatu yang seakan-akan lambang salib pada ibu jari Bro tu, tepatnya bawah metacarpophalangeal joint dia. hehe. Biasalah kan, reaksi bila terpandang muslim bertatu ni, macam2 persoalan timbul pada benak fikiran. Tapi ambo segan nak tanya, takut2 menyinggung perasaan dia. So, ambo kuburkan saje persoalan2 yang bermain di otak, mudah2han dapat penjelasannya nanti...

Pagi esoknya, setelah solat subuh, bayan dan mesyuarat, kami bersarapan pagi bersama. Sambil2 makan, kami borak2 pasal bahasa. (macam mana persoalan bahasa ni timbul tak ingat plak). Tengah2 sembang2, Bro tadi bagitau, yang dia boleh cakap 5 bahasa. Wow, menarik! jarang orang dapat speak banyak bahasa ni. Dan lebih menambahkan lagi perisa kejutan itu, dia boleh berbahasa hebrew (bahasa kat Israel). So dengan pantas ambo tanya 'How u get to know Hebrew?''

Lalu dia membuka ceritanya... katanya dulu dia pernah berkhidmat dalam tentera Israel. sekali lagi wow!!! Memang mengujakan dan menghairankan! Kami tanyalah, macam mana Israel boleh ambil orang Islam jadi tentera dia? Katanya masa tu dia bukan Islam. Maka terjawablah persoalan mula2 tadi, rupa2nya dia revert, mungkin tatu tu dia buat masa bukan Islam dulu. Ambo mintak dia cerita pengalaman jadi tentera Israel...

Kata dia, dulu masa remaja, dia ni kiranya budak jahat la.. Lalu ayah dia yang kerja kat kedutaan Israel paksa dia masuk tentera, untuk mendisiplinkan dirinya yang nakal itu. Masa tu lah dia belajar Hebrew. Dan.. masa tu jugaklah dia kata, dia sangat sangat membenci Islam dan orang2 Islam. Sambil tersenyum, katanya dia ingat lagi masa tu, ada rakan tenteranya yang 'baik hati' jadi supplier kaset player untuk sape2 yang tak suke dengar azan. Masa tu dia ditugaskan berkawal di Dome of Rock, dekat masjid Al-Aqsa tu. Jadi azan adalah antara benda yang wajib dia dengar tiap2 hari. Jadi sebab dia punya benci dengan Islam, bunyi je azan, dia sumbat la kaset player kat telinga.

Jadi, macam mana Bro ni boleh masuk Islam?? Part ni yang menarik dan menyentuh hati ambo. Katanya, lepas berhijrah ke Ireland, dia tinggal dengan dua orang Islam. Satu hafiz Quran dan seorang lagi karkun lama. Masa tinggal dengan diorang, dua2 ni pernah bagi pelempang kat muka dia! sebab?? sebabnya dia selalu mengutuk dan mempermainkan Islam dan penganutnya. Lepas kena pelempang dengan dua orang ni, dia mula terfikir, kenapa lah mereka ini begitu protective terhadap agama mereka. Katanya memang lama dia pikir pasal benda ni.

Satu hari, masa dia tengah makan, si karkun tu duduk depan dia dan makan satu pinggan dengan dia. Katanya, bukan setakat dia(karkun) tak kisah kongsi pinggan, malah dia suapkan makanan kepada Bro tu. Bro tu bagitau, masa tu lah hati dia cukup tersentuh! Katanya, seumur hidup, itulah kali pertama dia berkongsi pinggan. Bahkan dengan mak ayah dia pun tak pernah. Katanya, dia pun tak tau kenapa benda sekecil itu begitu menyentuh hati dia sehingga dia jatuh cinta pada Islam. Asbab itulah dia memeluk Islam dan katanya, sampai sekarang dia praktikkan makan berjemaah dalam satu pinggan, terutama dengan isterinya. Katanya, sunnah ini nampak kecil, tapi asbab inilah dia memeluk Islam.. MasyaAllah..

Memeluk Islam menyebabkan dia mengalami ujian besar kerana... ayahnya adalah seorang missionary kristian. Bahkan ayahnya membuka dan memiliki sebuah gereja. Selepas memeluk Islam, dia dihalau keluar dari rumah, dan segala biaya hidupnya dihentikan oleh kedua orang tuanya. Sampai sekarang, mereka msih belum menerimannya. Mujurlah bro karkun yang bawa dia masuk Islam tu jaga dia baik2, kata Bro A. Katanya, nikmat iman dan Islam adalah anugerah terbesar Allah pada dirinya. Dia sentiasa memohon kepada Allah agar ditetapkan hati dalam iman dan Islam, kerana katanya, kadang2 banyak ujian yang hampir2 menyebakan dia kembali keluar dari Islam. Kita sama2 doakan untuk beliau dan diri kita sendiri semoga Allah matikan kita dalam iman dan Islam, serta bersih dari segala dosa. Don't forget to spend your time for the deen of Allah!! Chow."

Semoga Allah memberikan hidayah Islam kepada ayahnya dan juga kepada seluruh orang bukan Islam.


Sumber karguzari dari blog Amirhulaimi di bicarajariku.blogspot.com



Karguzari ringkas: Di akhir tahun lepas (Dis 2010), satu jemaah 40 hari dari negeri Kelantan dibentuk dan dihantar ke Sandakan. Salah seorang jemaah menceritakan karguzari hidayah Islam yang Allah beri kepada tentera-tentera Israel berserta keluarga-keluarga mereka. Karguzari ini daripada rakan seusaha di Singapura. Sama ada ianya daripada jemaah Israel/Palestin yang khuruj ke Singapura atau sebaliknya, tidaklah saya ingat. Kisahnya bermula apabila beberapa tentera Israel membuat rondaan dan cuba merobohkan sebuah rumah Islam di Palestin. Mereka tidak dapat merobohkan rumah terbabit walau cuba sedaya upaya dan pelbagai cara. Akhirnya, mereka mengetahui  bahawa di dalam rumah terbabit beberapa orang (ahli rumah) sedang membaca taklim. Dengan kehendak dan kasih sayang Allah s.w.t, Allah memberi hidayah Islam kepada tentera-tentera tersebut dan mereka mengajak pula ahli keluarga mereka untuk memeluk agama Islam. Oleh kerana karguzari ini bukan melalui sumber prima/ utama, seeloknya kita tidak menghadam karguzari ini sepenuhnya melainkan ada di kalangan rakan seusaha yang lain mengesahkan karguzari ini. Setakat ini, penulis blog mendengar karguzari ini dari dua sumber yang berlainan.


Khuatir ada yang salah faham berkenaan hukum tatu yang sukar ditanggalkan setelah memeluk agama Islam/ bertaubat, boleh rujuk kepada sumber-sumber bermanfaat di internet.


Wallahu a'lam.
Baca lagi..
 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.