27 May 2010

Random Hadith : Pasang Hadis Secara Rawak di Blog

Alhamdulillah, satu perkongsian bagaimana memaparkan hadis secara rawak di blog/ web dengan hanya copy-paste kod html. Sebahagian besar hadis diambil daripada terjemahan kitab Muntakhab Ahadith karangan Maulana Muhammad Yusuf Kandhlawi dan sedikit hadis daripada terjemahan kitab Riyadhus Salihin, Imam Nawawi.




Sekurang-kurangnya 295 hadis akan dipaparkan secara rawak; mengandungi hadis-hadis berkenaan iman, sembahyang fardhu, ilmu, kelebihan Al-Qur'an, kelebihan zikir, doa, akhlak, ikhlas, dakwah dan lain-lain hadis fadhilat/ kelebihan. Kandungan hadis yang akan dipaparkan boleh rujuk di Hadith. Widget hadis ini untuk tahapan 'awam', mengambil manfaat dari terjemahan kitab sahaja.

Contoh boleh dilihat di sidebar blog ini. Random hadith di sidebar blog ini ada hadith yang panjang, tidak dimasukkan dalam widget ini. Kelebihan insya'Allah;

[1] Ganjaran daripada Allah dengan beramal dan menyampaikan.
[2] Mudah pasang hanya copy-paste.
[3] Mudah edit kod html.
[4] Tidak menggunakan aplikasi flash yang mem'berat'kan blog.


Cara memasang widget


1. Copy kod html ini dan letakkan di blog/ web.



Turutan bagi pengguna blogspot; Design > Page Elements > Add gadget > HTML/ Javascript.

2. Di akhir widget ada pautan ke post ini bertujuan sebaran umum. Remove pautan di bahagian akhir kod html jika tidak ingin memaparkannya.



Ubah suai paparan


 rujuk 1: gambar bahagian bawah kod html


Dengan merujuk kepada gambar di atas sebagai contoh;

1. Tukar warna font:  #585858 adalah kod warna asal. Tukarkan kod warna yang sesuai. Kod warna rujuk disini Kod Warna

2. Tukar saiz font:  Saiz tulisan asal ialah 12px. Boleh tukarkan saiz ini mengikut kesesuaian (10px-15px).

3. Tukar jenis font:  Tulisan asal menggunakan arial. Boleh tukarkan kepada: helvetica, trebuchet, georgia, verdana.

4. Tukar paparan:  align asal ialah left. Tukarkan kepada center atau right untuk mengubah paparan.



Jika ada apa-apa pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen. Akan membantu sedaya mungkin.

Semoga Allah beri manfaat kepada semuanya, diberiNya taufik dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dijauhkan azab tidak beramal dengan ilmu yang diketahui. Do'a khusus kepada 'pengkoding' HtmlBasix, Semoga Allah berikan dia hidayat dan dijadikannya sebagai anak-anak kunci hidayah kepada yang lain. Amin Ya Rabbal Èalamin.
Baca lagi..

12 May 2010

Karguzari Jemaah Terengganu & Pelajar UMT - Husnul Khatimah di Jalan Allah

Karguzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.



View Larger Map

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.


Detik-detik kematian Allahyarham..

Rakan arwah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa arwah. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, arwah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas solat fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk arwah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Arwah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan arwah bergurau kerana kali terakhir mereka melihat sebelum arwah tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihat arwah. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Dengan kehendak dan kerahiman Allah SWT, pelajar-pelajar sekolah ini membantu rakan jemaah mengeluarkan arwah daripada dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkan arwah dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulut arwah dan tidak dapat diselamatkan lagi. انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Jemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan arwah, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah arwah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyang arwah sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.


Rabu, 5hb Mei 2010..

Selepas solat subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa arwah dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat arwah. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazah arwah sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuh arwah kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuh arwah masih dalam kemerah-kemerahan. Arwah dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yg lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahygkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan arwah dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah arwah tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ

Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh arwah dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar arwah yang turut keluar 40 hari bersama arwah, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah arwah. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah arwah, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan. Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.

Sedikit karguzari daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa allahyarham masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu(UMT), arwah seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum, fikirman dan karkun lama dikalangan pelajar. Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.

Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada arwah, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Èalamin.


:: Lanjutan karguzari berserta gambar arwah Huzaifah setibanya di Masjid Sri Petaling, Insya'Allah ada di  kekoh.blogspot.com/mati-syahid


Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih:
1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama; jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam agama.
2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.


Wallahu a’lam.
Baca lagi..

09 May 2010

Karguzari jemaah khuruj di Nicaragua, Amerika Selatan - Seluruh keluarga masuk Islam.

Karguzari (laporan) ini disampaikan dalam bayan asar Jord KL pada 17.1.2010, safar jemaah Maulana Syamim ke Malaysia.















Pembayan mengatakan;



 Usaha ini, tanggungjawab ini boleh dikatakan lebih daripada fardhu. Kita dapat lihat, bagaimana apabila satu orang manusia, dia keluar di jalan Allah Swt, maka begitu banyak perubahan berlaku dalam kehidupannya. Manusia yang dahulunya jauh daripada Allah Swt, telah kembali ke jalan yang benar. Manusia yang mana kehidupannya dalam keadaan kucar-kacir, kelam-kabut, kehidupannya yang jauh melanggar perintah-perintah Allah Swt, maka dengan berkat dia keluar di jalan Allah Swt ini, maka kita lihat agama telah datang dalam kehidupannya. Maka dengan usaha yang kita buat ini, mengajak manusia kepada Allah Swt, berjuta-juta perintah Allah akan hidup dalam kehidupan manusia. Sebaliknya, jika meninggalkan kerja agama ini, manusia tidak keluar di jalan Allah Swt, berjuta-juta perkara yang haram berleluasa di atas muka bumi ini. Oleh itu, untuk mengajak manusia keluar di jalan Allah Swt, supaya dia dapat usaha ke atas dirinya ini, satu perkara yang sangat-sangat penting.

Kalaulah kita tidak menghantar jemaah ke negara-negara jauh yang berada di pinggir kekufuran, maka apakah akan terjadi kepada mereka. Kita lihat sekarang apabila kita hantar jemaah ke tempat-tempat seperti ini, manusia yang jauh daripada Allah Swt, mereka telah kembali kepada Allah Swt. Oleh itu, sangatlah penting hari ini supaya umat digerakkan, keluar di jalan Allah swt.

Jadi tuan-tuan mulia, dengan Allah swt mengeluarkan kita di jalan Allah, betapa masa yang telah diberikan, ini menunjukkan Allah telah pilih kita untuk menjalankan satu usaha yang sangat mulia ini. Inilah pilihan Allah Swt, yang mana apabila kita menjalankan kerja ini, maka nusrah yang Allah telah berikan kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w, yang keluar ke jalan Allah Swt, maka nusrah yang sama juga Allah Swt akan berikan kepada kita yang keluar ke jalan Allah Swt. Dan ini tuan-tuan yang mulia, satu kemuliaan yang Allah swt telah berikan kepada kita, di mana apabila kita menjalankan kerja ini, Allah Swt akan berikan kepada kita ketenteraman, kebahagiaan, kemenangan dan Allah akan berikan kepada kita keselesaan dalam kehidupan dunia ini. Jadi, satu kerja yang amat mulia Allah Swt telah berikan kepada kita yang mana bila kita jalankan kerja ini, bantuan Allah, nusrah Allah yang Allah berikan kepada sahabat -sahabat Nabi, Allah juga berikan kepada kita hari ini.

Satu jemaah pergi ke Nicaragua, Selatan Latin Amerika. Satu malam, orang datang ajak jemaah itu untuk pergi ke satu rumah. Mereka ini berbahasa Sepanyol. Di sana ada satu orang tua yang berasal daripada negara Syria dalam keadaan nazak hampir meninggal dunia.

Keluarganya beritahu bahawa ayah mereka memberikan wasiat iaitu dia inginkan jenazahnya diuruskan oleh orang Islam. Maka mereka pun mencari dan dengan izin Allah Swt, mereka telah jumpa jemaah ini. Jemaah ini sempat datang ke rumahnya dan menalkinkannya untuk ucap kalimah syahadah. Dengan izin Allah Swt, dia telah mengucap kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Maka jemaah ini telah menguruskan jenazahnya dengan begitu baik sebagaimana yang sepatutnya, seolah-olah seperti memperkebumikan saudaranya sendiri.

Maka anak-anak orang tua ini dan isteri dia yang tidak beriman telah melihat bagaimana jemaah ini menguruskan jenazah dan seluruh keluarga ini telah memeluk agama Allah Swt.

Tuan-tuan yang mulia cubalah kita bayangkan, kalaulah jemaah ini sampai ke tempat itu lewat dalam masa sehari, bagaimanakah kesan kerugian yang akan berlaku. Oleh itu tuan-tuan yang mulia, kita yang berada di jalan Allah Swt ini adalah sumber hidayat, di mana satu minit berada di jalan Allah, mungkin di dalam satu minit itu terletak berjuta-juta hidayat Allah Swt kepada manusia dan sebaliknya kalau kita duduk di rumah, maka berapa ramaikah manusia akan hilang peluang untuk dapat hidayat daripada Allah Swt.

Oleh kerana itu tuan-tuan yang mulia, Allah Swt telah pilih kita di dalam usaha agama ini, ini satu tanggungjawab yang begitu berat, yang memberikan kesan begitu besar kepada manusia di atas muka bumi ini. 



Karguzari bayan ini boleh mendengarnya di 'tab bayan' atau memuat turun di bawah ini, box.net Rakan Blog.

Bayan Asar 1 - http://www.box.net/shared/sjm16ara68
Bayan Asar 2 - http://www.box.net/shared/gok70tqhrs
Bayan Maghrib - http://www.box.net/shared/eceegz07nq
Bayan Subuh - http://www.box.net/shared/y08yja2qvg



Wallahu a’lam.
Baca lagi..

06 May 2010

Karguzari: Penunjuk jalan (rahaba) Hindu diberi Hidayah

Karguzari(laporan) disampaikan dalam bayan(ceramah umum) oleh jemaah Inggeris semasa khuruj ke Indonesia, di Masjid An-Nizam Rawasari pada 17.02.07.








Pembayan mengatakan;

"Jemaah sekalian apabila seseorang ini benar-benar sungguh menghadirkan kecintaannya kepada Allah SWT, terikat hatinya kepada kecintaannya kepada Allah SWT, maka pasti orang ini akan menggunakan seluruh yang ada dalam dirinya semata-mata untuk meyukakan Allah SWT dan semata-mata untuk semakin dekat kepada Allah SWT.

Apabila di dalam hati seseorang ini ada rasa sedemikian rupa dan ada usaha sedemikian rupa maka Allah SWT pasti akan anugerahkan ke dalam hati orang ini ketenangan dan ketenteraman.

Apabila seseorang telah dianugerahkan oleh Allah SWT ketenangan dan kebahagiaan, maka orang lain disekitarnya akan melihat betapa bahagianya orang ini, betapa senangnya hidupnya, pasti orang ini ingin mendapatkan apa yang diperolehi oleh orang itu. Maka dengan sendirinya, orang yang bahagia ini jemaah sekalian, akan menjadi penunjuk jalan agar supaya orang yang dia kenal atau orang yang disekitar dia bisa mendapatkan kebahagiaan.

Beliau(pembayan) ingat pada satu saat ada rombongan jemaah dari Malaysia yang datang ke Inggeris dan beliau menempatkan diri beberapa hari ikut bersama dengan jemaah itu. Ketika itu mereka berada di dalam sebuah kawasan yang mana banyak orang Islam tetapi mereka tidak datang ke masjid. Akhirnya, mereka berusaha keluar dari masjid dan jumpa dengan saudara-saudara muslim mereka.

Ketika berjumpa dengan seseorang yang mereka sangka itu adalah seorang Islam, maka mereka pun mengucapkan salam. Dan dia katakan, “saya bukan seorang Islam.” Dan kemudian jemaah bertanya sama ada dia kenal dengan orang Islam di daerah ini. Dia seorang Hindu dan dia katakan kepada saudara-saudara kita, “saya orang Hindu, saya tahu di mana ada orang-orang Islam, saya akan hantar anda ke sana.” Orang Hindu ini pun menghantarkan para rombongan ini untuk jumpa saudara-saudara muslim.

Ketika mereka berjumpa dengan saudara-saudara muslim, orang hindu ini mendengarkan dengan baik perbicaraan yang disampaikan oleh saudara-saudara tamu Malaysia ini terhadap saudara Islam di kawasan itu. Kemudian setelah beberapa lama, maka jemaah ini pun kembali ke masjid. Orang Hindu ini pun mengikut jemaah ini, selama perjalanan menuju ke masjid, dia menangis.

Maka kemudian saudara kita bertanya, “kenapa kamu menangis?” Dia katakan, dia sangat sedih, dia tidak bahagia. Dia mempunyai banyak permasalahan dalam hidupnya. Dia berkata lagi, “ketika saya melihat wajah-wajah tamu saudara dari Malaysia ini, saya melihat betapa wajah yang penuh dengan kebahagiaan, wajah penuh dengan ketenangan, maka saya juga ingin mendapatkan wajah seperti itu.” Dan orang Hindu ini mengatakan, “ saya tidak akan tinggalkan kalian sebelum saya mendapatkan kebahagiaan seperti yang kalian telah dapatkan.” Dia dengan bersungguh-sungguh, dia pun merunduk dan kemudian menarik-narik kaki daripada saudara-saudara kita dari Malaysia, sambil memohon, “tolong berikan kepada saya kebahagiaan ini. "

Jemaah ini pun bertanya kepada pemimpin rombongan dari Malaysia ini berkenaan apa yang harus dilakukan. Diperintahkan oleh amir pemimpin rombongan, agar hantarkan orang ini ke rumahnya, bersihkannya dan kemudian berikan dia pakaian yang baru. Setelah itu, mereka duduk bersama sambil meminum kopi. Maka orang Hindu ini pun mengatakan sesuatu yang aneh, iaitu dia katakan, “Tuhan telah menghantar kalian kepada saya, ke hadapan saya, untuk menjadi petunjuk bagi saya. Di saat kalian datang kepada saya dan mengucapkan salam kepada saya, persis pada saat itu, saya sedang berada di tepi sebuah jalan raya, yang mana sebentar lagi akan lewat sebuah trak yang besar dan saya akan lompat ke tengah jalan itu untuk membunuh diri saya. Namun pada detik itu juga, anda telah datang kepada saya untuk menyelamatkan saya."

Kemudian, dia pun dibawa ke masjid. Setelah mengucapkan syahadat di masjid, namanya digantikan menjadi Mohamad Rustam. Pada saat itu dia mendapatkan langsung kebahagiaan yang hakiki!

Jadi bapak hadirin Allah SWT, bertebaran manusia di seluruh penjuru dunia ini, yang menantikan daripada kebahagian, menantikan barang yang paling bernilai, bermilyar-milyar manusia menunggu kita. Kita ini telah diberi potensi , telah diamanahkan oleh Allah SWT, agama yang akan memberikan kebahgiaan, tapi jangan kita melihat agama ini justeru menjadi penghalang bagi diri kita untuk menyebarkan hidayat. "

Seterusnya pembayan menceritakan tentang kelebihan umat ini sebagai umat yang terakhir..


::  audio bayan ini ada di Esnips


Wallahu a’lam.
Baca lagi..
 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.