17 November 2010

Tertib: Usul Dakwah dan Tabligh

Dua puluh lapan usul tertib dalam dakwah dan tabligh sepertimana yang terdapat dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah, Ustadz Muhammad Qosim At-Timori, Jahabersa, cetakan 2003. Di Malaysia, disebut dua belas usul kerana di dalam muzakarah usul atau tertib ini, hanya memerhatikan dua belas usul pertama dan kelazimannya, 16 usul akan dimuzakarahkan.


Ada dua puluh lapan tertib yang harus dipatuhi oleh setiap da'ie ketika keluar di jalan Allah, iaitu;


1. Empat perkara yang diperbanyakkan;
  • Dakwah ilallah - Dakwah ijtima'i, dakwah infradi, dakwah umumi dan dakwah khususi.
  • Ta'lim wal ta'lum - Ta'lim infradi, ta'lim ijtimai, halaqah tajwid, fadhilah amal dan muzakarah sifat-sifat sahabat.
  • Zikir dan Ibadah - Zikir: membaca Subhanallah, wal hamdulillah, walaa ilaaha illallah, wallahu akbar; selawat, istighfar dan tilawah Al-Quran. Ibadah: Ibadah fardhu, wajib, sunat dan mustahab.
  • Khidmat - Khidmat kepada diri sendiri, rombongan jemaah, (kariah)kampung dan amir jemaah.

2. Empat perkara yang dikurangkan;
  • Kurangkan masa makan dan minum.
  • Kurangkan masa tidur dan rehat.
  • Kurangkan percakapan yang sia-sia.
  • Kurangkan masa di luar masjid.

3. Empat perkara yang ditinggalkan;
  • Ishraaf (perbuatan boros atau membazir).
  • Berharap (dalam hati) kepada makhluk.
  • Meminta kepada makhluk.
  • Menggunakan barang orang lain tanpa izin.

4. Empat perkara yang tidak boleh disentuh;
  • Perbedaan aqidah.
  • Khilafiah/ mazhab.
  • Politik, aib masyarakat, pangkat serta derma.
  • Berdebat (mujadalah).

5. Empat perkara yang dijaga;
  • Mengutamakan amal ijtima'i daripada amal infradi.
  • Kehormatan masjid.
  • Ketaatan kepada amir jemaah.
  • Sabar dan tahamul (ketahanan dalam menghadapi ujian).

6. Empat perkara yang dijauhkan;
  • Tankish (merendahkan).
  • Tankind (mengkritik).
  • Tardid (menafikan atau menolak sama sekali).
  • Taqobul (membanding-bandingkan).

7. Empat pilar (tiang/ dasar) agama;
  • Ahli dakwah (tabligh, da'ie, juru dakwah).
  • Tadris (para ulama, pengasuh/mudir pondok pesantren/ madrasah, majlis ta'lim).
  • Kanka (mursyid, ahli tareqat) dan
  • Musanif (para pengarang kitab).


Pautan berkaitan: Asas-Asas Usaha Dakwah.
komen
7 komen

7 komen:

Ibnu Mutalib said...

hah, tertib kat malaysia..
sekiranya kita buat kerja ikut tertib, maka datang bantuan Allah.
Tak silap ana ada seorang maulana sebut "kami tidak bertanggungjawab sekiranya karkun tak buat usaha ikut tertib".

disebut dalam mesyuarat markas dusun raja, tapi tak ingat maulana mana, maulaan syaukat, atau maulana ahmad lat

karkuzaridakwahiman said...

@Ibnu Mutalib
Jika tahun ni, rasanya itu Maulana Shaukat.

Ada karkuzari rakan seusaha jaga tertib usul walau berada di maqami, walhasil daripada itu, Allah beri dia sedikit kelebihan. Allahua a'lam.

:]

Ibnu Mutalib said...

macamana nak dapatkan perkataan2 arab ni, ada software dia ka?

karkuzaridakwahiman said...

@Ibnu Mutalib

http://www.arabic-keyboard.org/ atau main copy jer..

klu fungsi smile ni, kena main java script & html. Kena selongkar balik theme baru ingat.

Anonymous said...

http://1.bp.blogspot.com/_l3sFy0f4t0w/TBxlS70_gRI/AAAAAAAAAsI/ZCrN5pMtRn4/s1600/11alhamdulillah.png

karkuzaridakwahiman said...

@Anonymous

x copy paste link pic, masukkan alphabet.

Anonymous said...

AKIDAH MANA BOLEH ADA PERBEDAAN. AKIDAH SATU.

 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.