Alhamdulillah, satu perkongsian bagaimana cara memaparkan widget dan mendengar streaming Radio Islam Nusantara (RIN) di blog menggunakan Window Media Player. WMP ini lebih mesra dengan browser berbanding daripada RealPlayer dan Quicktime (Apple).Farouk Ahyar telah mengambil inisiatif memaparkan jadual penyiaran di laman web RIN. Waktu siaran seperti bayan dan bacaan kitab Hayatus Sahabah boleh rujuk di http://radioislam-nusantara.com
Berikut ini beberapa cara streaming RIN di blog, Insya'Allah.
1. Widget.
Ubah saiz paparan untuk kesesuaian blog dengan melihat kod html ini height="100" dan width="275". Skala widget adalah statik, hanya dapat mengubah saiz paparan sahaja. Jika mainkan secara auto, tukarkan autorstart="false" kepada autorstart="true" pada bahagian kod html di bawah ini. Contoh autostart boleh dilihat di sidebar ini.
Contoh:
Kod html:
Kod html:
Kod html:
2. Pautan terus ke WMP. Membuat pautan radio streaming ke windows media player di browser.
Contoh:
Radio Islam Nusantara
Kod html:
3. Radio streaming sebagai latar belakang blog. Letakkan kod html ini di mana-mana bahagian bawah widget HTML / Javascript yang sedia ada di blog. Radio streaming akan dimainkan secara auto setiap kali pelawat datang ke blog tanpa memperlihatkan kedudukan widget.
Kod html:
Fungsi autostart boleh mengganggu pengunjung blog. Letakkan widget di bahagian atas atau mana-mana bahagian blog yang mudah dilihat oleh pengunjung.
Allah s.w.t jua pemberi manfaat. Segala puji untuk Allah.
9 komen