12 May 2010

Karguzari Jemaah Terengganu & Pelajar UMT - Husnul Khatimah di Jalan Allah

Karguzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.



View Larger Map

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.


Detik-detik kematian Allahyarham..

Rakan arwah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa arwah. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, arwah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas solat fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk arwah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Arwah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan arwah bergurau kerana kali terakhir mereka melihat sebelum arwah tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihat arwah. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Dengan kehendak dan kerahiman Allah SWT, pelajar-pelajar sekolah ini membantu rakan jemaah mengeluarkan arwah daripada dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkan arwah dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulut arwah dan tidak dapat diselamatkan lagi. انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Jemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan arwah, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah arwah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyang arwah sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.


Rabu, 5hb Mei 2010..

Selepas solat subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa arwah dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat arwah. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazah arwah sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuh arwah kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuh arwah masih dalam kemerah-kemerahan. Arwah dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yg lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahygkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan arwah dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah arwah tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ

Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh arwah dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar arwah yang turut keluar 40 hari bersama arwah, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah arwah. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah arwah, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan. Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.

Sedikit karguzari daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa allahyarham masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu(UMT), arwah seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum, fikirman dan karkun lama dikalangan pelajar. Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.

Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada arwah, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Èalamin.


:: Lanjutan karguzari berserta gambar arwah Huzaifah setibanya di Masjid Sri Petaling, Insya'Allah ada di  kekoh.blogspot.com/mati-syahid


Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih:
1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama; jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam agama.
2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.


Wallahu a’lam.
komen
3 komen

3 komen:

Ibnu Mutalib said...

:h: :o: moga Allah terima saya.
tapi para nabi dikuburkan di tempat mereka mati,. :i: mendapat pengiraan Allah

Ibnu Mutalib said...

:h: :o: moga Allah terima saya.
tapi para nabi dikuburkan di tempat mereka mati,. :i: mendapat pengiraan Allah

karkuzaridakwahiman said...

@Ibnu Mutalib MasyaAllah.. meletakkan harapan kepada Allah, tidak akan kecewa. Niat baik sahaja sudah pun dikira kebaikan.

 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.