09 May 2010

Karguzari jemaah khuruj di Nicaragua, Amerika Selatan - Seluruh keluarga masuk Islam.

Karguzari (laporan) ini disampaikan dalam bayan asar Jord KL pada 17.1.2010, safar jemaah Maulana Syamim ke Malaysia.















Pembayan mengatakan;



 Usaha ini, tanggungjawab ini boleh dikatakan lebih daripada fardhu. Kita dapat lihat, bagaimana apabila satu orang manusia, dia keluar di jalan Allah Swt, maka begitu banyak perubahan berlaku dalam kehidupannya. Manusia yang dahulunya jauh daripada Allah Swt, telah kembali ke jalan yang benar. Manusia yang mana kehidupannya dalam keadaan kucar-kacir, kelam-kabut, kehidupannya yang jauh melanggar perintah-perintah Allah Swt, maka dengan berkat dia keluar di jalan Allah Swt ini, maka kita lihat agama telah datang dalam kehidupannya. Maka dengan usaha yang kita buat ini, mengajak manusia kepada Allah Swt, berjuta-juta perintah Allah akan hidup dalam kehidupan manusia. Sebaliknya, jika meninggalkan kerja agama ini, manusia tidak keluar di jalan Allah Swt, berjuta-juta perkara yang haram berleluasa di atas muka bumi ini. Oleh itu, untuk mengajak manusia keluar di jalan Allah Swt, supaya dia dapat usaha ke atas dirinya ini, satu perkara yang sangat-sangat penting.

Kalaulah kita tidak menghantar jemaah ke negara-negara jauh yang berada di pinggir kekufuran, maka apakah akan terjadi kepada mereka. Kita lihat sekarang apabila kita hantar jemaah ke tempat-tempat seperti ini, manusia yang jauh daripada Allah Swt, mereka telah kembali kepada Allah Swt. Oleh itu, sangatlah penting hari ini supaya umat digerakkan, keluar di jalan Allah swt.

Jadi tuan-tuan mulia, dengan Allah swt mengeluarkan kita di jalan Allah, betapa masa yang telah diberikan, ini menunjukkan Allah telah pilih kita untuk menjalankan satu usaha yang sangat mulia ini. Inilah pilihan Allah Swt, yang mana apabila kita menjalankan kerja ini, maka nusrah yang Allah telah berikan kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w, yang keluar ke jalan Allah Swt, maka nusrah yang sama juga Allah Swt akan berikan kepada kita yang keluar ke jalan Allah Swt. Dan ini tuan-tuan yang mulia, satu kemuliaan yang Allah swt telah berikan kepada kita, di mana apabila kita menjalankan kerja ini, Allah Swt akan berikan kepada kita ketenteraman, kebahagiaan, kemenangan dan Allah akan berikan kepada kita keselesaan dalam kehidupan dunia ini. Jadi, satu kerja yang amat mulia Allah Swt telah berikan kepada kita yang mana bila kita jalankan kerja ini, bantuan Allah, nusrah Allah yang Allah berikan kepada sahabat -sahabat Nabi, Allah juga berikan kepada kita hari ini.

Satu jemaah pergi ke Nicaragua, Selatan Latin Amerika. Satu malam, orang datang ajak jemaah itu untuk pergi ke satu rumah. Mereka ini berbahasa Sepanyol. Di sana ada satu orang tua yang berasal daripada negara Syria dalam keadaan nazak hampir meninggal dunia.

Keluarganya beritahu bahawa ayah mereka memberikan wasiat iaitu dia inginkan jenazahnya diuruskan oleh orang Islam. Maka mereka pun mencari dan dengan izin Allah Swt, mereka telah jumpa jemaah ini. Jemaah ini sempat datang ke rumahnya dan menalkinkannya untuk ucap kalimah syahadah. Dengan izin Allah Swt, dia telah mengucap kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Maka jemaah ini telah menguruskan jenazahnya dengan begitu baik sebagaimana yang sepatutnya, seolah-olah seperti memperkebumikan saudaranya sendiri.

Maka anak-anak orang tua ini dan isteri dia yang tidak beriman telah melihat bagaimana jemaah ini menguruskan jenazah dan seluruh keluarga ini telah memeluk agama Allah Swt.

Tuan-tuan yang mulia cubalah kita bayangkan, kalaulah jemaah ini sampai ke tempat itu lewat dalam masa sehari, bagaimanakah kesan kerugian yang akan berlaku. Oleh itu tuan-tuan yang mulia, kita yang berada di jalan Allah Swt ini adalah sumber hidayat, di mana satu minit berada di jalan Allah, mungkin di dalam satu minit itu terletak berjuta-juta hidayat Allah Swt kepada manusia dan sebaliknya kalau kita duduk di rumah, maka berapa ramaikah manusia akan hilang peluang untuk dapat hidayat daripada Allah Swt.

Oleh kerana itu tuan-tuan yang mulia, Allah Swt telah pilih kita di dalam usaha agama ini, ini satu tanggungjawab yang begitu berat, yang memberikan kesan begitu besar kepada manusia di atas muka bumi ini. 



Karguzari bayan ini boleh mendengarnya di 'tab bayan' atau memuat turun di bawah ini, box.net Rakan Blog.

Bayan Asar 1 - http://www.box.net/shared/sjm16ara68
Bayan Asar 2 - http://www.box.net/shared/gok70tqhrs
Bayan Maghrib - http://www.box.net/shared/eceegz07nq
Bayan Subuh - http://www.box.net/shared/y08yja2qvg



Wallahu a’lam.
komen
0 komen

0 komen:

 

Karguzari Dakwah: Usaha atas Iman, tema asal Empty Canvas. Makhluk dicipta, tidak berdaya dan tidak kekal.